Ungku Aziz Dah Baca 70,000 Buah Buku


Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid, beliau sudah membaca lebih daripada 70,000 buah buku sepanjang hidupnya.

Agak2, dah berapa banyak buku yang kita baca sepanjang hidup kita? Ana sendiri pun tak ingat jumlahnya..mungkin belum sampai seribu lagi kot..

Memorandum Bantahan Terhadap Dr Asri

Ahad November 1, 2009
MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PELANTIKAN DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI YDP YADIM


Memorandum Kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bertarikh 12 Oktober 2009.
Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Memorandum bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia ini dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj supaya menarik balik pelantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Asri) sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Alasan Memorandum ini ialah antara lainnya :-
1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Pelantikan Dr. Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui YADIM.

2. Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkalibertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti.

3. Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

4. Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.

5. Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama IslamNegeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor.

6. Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini.

7. Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umatIslam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (beritaberita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahandan beberapa kejadian pergaduhan.

8. Sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam dimalaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, elstrem serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri lain selain Perlis, Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negerinegeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini.

9. Penolakkan oleh sebahagian besar tokoh agama dan umat Islam terhadap pemikiran danpendekatan beliau dalam amalan agama adalah kelemahan besar Dr.Asri dan amat tidak sesuai untuk menerajui sebuah agensi dakwah yang ditunjangi oleh Kerajaan Malaysia. Peribadi yang lebih berhemah dan memahami manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia adalah lebih wajar menerajui YADIM. Terdapat ramai lagi tokoh lain yang tidak kontroversi yang datang dari golongan Muslim arus perdana yang boleh dilantik menerajui YADIM dan diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

10. Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar. Hanya segelintir dari masyarakat Islam yang berpendirian ekstrem dalam hal furu’ atau perkara cabang yang gembira dengan pemikiran dan pendekatan beliau. Kami bimbang Kerajaan Persekutuan akan disisihkan oleh umat Islam dalam kegiatan keagamaan dan amalan keagamaan yang seragam dan telah sebati di seluruh Negara tidak lagi menjadi arus perdana di masa akan datang, manakala Pihak Berkuasa Agama Negeri mengambil pendekatan berbeza dari Kerajaan Persekutuan.
Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Ditandatangani oleh:
Mohamad Isa bin Abd RalipPresiden PGSMBertarikh 12 Oktober, 2009
Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –
1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami
4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
5. Persatuan Peguam Syarie Malysia
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Jemaah Islah malaysia (JIM)
10. Persatuan Ulamak Malaysia
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Tiada lagi subjek BAHASA ARAB di j-QAF Menengah

Saya terpanggil utk menyambung tulisan mengenai j-QAF Menengah..Us Hamidi antara yg paling 'push' saya utk meneruskan citer..(syukran ustaz)...

Tajuk entry saya di atas menjawab apa yg maksudkan dlm entry sblm ini, kita akan kehilangan sesuatu yg begitu sekali kita sayang dan perjuangkan..Ya, subjek BA tiada lagi dalam program j-QAF Menengah...Bahasa Arab hanya diajar secara SERAPAN dlm subjek Pendidikan Islam..Maksudnya, hanya perkataan dan istilah2 tertentu dlm bahasa Arab diserapkan dalam pelajaran PI dan diajar secara tak langsung..contohnya, SOLAT, SIYAM, ILTIZAM, ISTIQOMAH, MUNAKAHAT dll...

Sayang seribu kali sayang, guru2 b.arab j-QAF di sekolah rendah bermati-matian mengajar bahasa Arab supaya murid minat dan cintakan bahasa Arab..Namun, tidak ada kesinambungan di j-QAF Menengah..hanya terhenti setakat darjah 6.. saya begitu sedih sekali dgn perkembangan ini..tapi apakan daya, ini keputusan yg terpaksa kita terima..

Antara sebab2 kenapa subjek BA tiada lagi di j-QAF Menengah ialah :
1. Jumlah subjek yg banyak di SM..Oleh itu, tiada tempat utk dimasukkan BA..
2. Tambahan waktu tidak dibenarkan..lebih2 lagi KPPM skrang mahu semua SM balik tidak lebih jam 1.30 tghr.
3. Status BA itu sendiri yg merupakan subjek tambahan..Oleh itu, ia tidak layak utk berada dalam jadual waktu, melainkan dilaksanakan luar jadual waktu..Namun, byk kekangan utk melaksanakan BA di luar waktu.

Oleh yg demikian, usaha dan slogan utk memartabatkan bahasa Arab di Malaysia nampaknya semakin sukar untuk direalisasikan...

Guru j-QAF Kohort 2005 kekal di SK

Semasa entry ini ditulis, saya masih lagi sedang mengikuti mesyuarat pemurniaan kertas cadangan pelaksanaan j-QAF sekolah menengah di Empress Hotel, Sepang..Seramai 6 org JU dipilih utk menghadiri mesyurat tersebut bersama pegawai2 atasan di bahagian Pen. Islam, KPM.. Selain utk memurnikan kertas cdgn pelaksanaan j-QAF Menengah, mesyuarat juga memfokuskan ttg apakah modul2 yg sesuai utk di laksanakan nanti...

Secara keseluruhannya, bentuk program j-QAF Sek Men amat berbeza sekali dgn Sek Ren..Antaranya, j-QAF SK lebih mengutamakan murid khatam dan menguasai al-Quran manakala j-QAF SM pula lebih menumpukan penanaman dan pengukuhan akidah dlm diri pelajar.

Sebelum ni juga, heboh diperkatakan guru j-QAF kohort 2005 akan di'tolak' ke SM hingga menimbulkan reaksi yg pelbagai..Namun yg pastinya, guru2 j-QAF 2005 akan kekal di SK..Ini kerana guru yg akan mengajar j-QAF Menengah nanti ialah guru GPI yang sedia ada di sekolah masing2..cuma yang beruntungnya, mereka akan dinaikkan ke Gred DG 44 dan dikenali sbg Guru Khas Amali Pendidikan Islam dgn syarat berpengalaman mengajar lebih dari 5 tahun... Ini bermakna hanya guru DG 44 yg akan mengajar j-QAF Menengah nanti..Habis, kalau kita nak pohon utk ke SM boleh ker ??? Itu ana jawab kemudian, kalau lah ada pertanyaan dr sahabat2..

Namun yg paling menyedihkan ialah kita akan kehilangan sesuatu yg sangat2 bernilai yg selama ini kita betul2 perjuangkan..ana antara org yg paling kecewa dan sedih dgn perkembangan ini...Apakah yg akan 'hilang' ??? Tunggu entry ana seterusnya..

*Nampaknya Us Hamidi dah kena stop poll yg dijalankan kat blog tu..:))


Us Roslan dr BPI dan Us Shamsuddin, Guru PI JUSA C..GPI pertama yg dpt JUSA


Pn Hjh Fauziah, Ketua Bidang Pen. Islam, BPK dan Pn Noraza, Ketua Unit j-QAF


Bersama Us Hesyam dan Us Khairi


Bersama JU dari Wilayah..Us Hazman, Us KJ (Khairi Jalaluddin)

Sekeluarga minum kencing bibik


Kisah berlaku di damansara..seorang guru perempuan merasakan ada sesuatu yg tak kena pd dirinya..selain ramai yg perasan kejernihan mukanya semakin hari semakin pudar..kulit wajahnya menjadi tak berseri dan kesihatannya selalu terganggu..

Dgn takdir Allah, akhirnya terbongkarlah satu rahsia yg amat menjijikkan..rupa2nya bibiknya kat umah setiap hari mencampurkan air kencingnya ke dalam minuman yg disediakan utk guru pompuan tu sekeluarga..bukan setakat itu, air kencing bibik tu juga dicampurkan sekali ke dlm susu yg diberikan kpd anak2nya..selain itu anak2nya juga dimandikan dgn air basuhan kaki bibik berkenaan..

Ni lah antara rentetan kisah benar perihal bibik2 yg byk buat onar...kesian pd guru tersebut dan kuarganya...malang juga pd sesiapa yg pernah pegi ke rumah guru tersebut dan meneguk segelas air yg dihidangkan..

Guru j-QAF Third Class

Seminar Pendidikan Islam Serantau yang diadakan di Uni. Malaya semalam menjadi medan pembentang kertas kerja untuk mencerca, menghina dan menelanjangkan program j-QAF dan guru-guru j-QAF.

Kertas kerja terakhir pada sebelah petang khas mengenai j-QAF. Apa yang amat dikesalkan, pembentang kertas kerja tersebut dengan angkuhnya mengisytiharkan bahawa GURU-GURU j-QAF MERUPAKAN GOLONGAN THIRD CLASS.. Golongan yang dikutip kat tepi jalan untuk diberikan kerja..Katanya, jika tidak ada j-QAF, sudah tentu sampai sekarang GURU-GURU j-QAF NI MASIH AMBIL UPAH SEMBELIH AYAM, SEKOR DAPAT 15 SEN...begitu sekali beliau menghina dan memperlekehkan guru-guru j-QAF.

Ini cuma sebahagian dari penghinaan dan cercaan terhadap j-QAF dan guru j-QAF yang dilontarkan dalam seminar tersebut.. Banyak lagi yang ana rasa 'tak sampai hati' nak sebutkan di sini..

Apa yang ana nyatakan ini bukan bermaksud kita guru j-QAF tidak boleh menerima kritikan atau teguran, namun biarlah BERLAPIK dan BERSOPAN..biar sesuai dengan dgn taraf pembentang yg ada PhD, walaupun ramai yg mempertikaikan ilmu dan akhlak beliau sejak dulu lagi. Rasanya sahabat-sahabat yg pernah belajar di MPI kenal dgn 'ULAMA' yang angkuh ini.

Konsep Ketuhanan Kristian Yang Terseleweng

Ketika menyampaikan kuliah akidah di masjid negeri beberapa hari lepas, seorang jemaah bertanya dan meminta ana sebutkan penyelewangan2 akidah dalam agama kristian dan bandingkan dengan konsep ketuhanan dalam Islam. Ana sebutkan beberapa hujjah (secara ringkas):

1. Agama Kristian meyakini bahawa Tuhan itu triniti tetapi satu (iaitu ada 3 persons dalam satu tuhan iaitu Tuhan, Tuhan Anak dan Roh Kudus).
Sedangkan dalam Islam, Tuhan adalah satu hanya satu.

2. Kristian menyebut Tuhan mempunyai anak yang dikenali sebagai Jesus Christ.
Sedangkan dalam Islam Tuhan tidak beranak dan tidak diperanakkan.

3. Dosa pertama (origin sin) yang dilakukan oleh Adam diwarisi oleh manusia seluruhnya.
Sedangkan dalam Islam, Adam dikeluarkan dari syurga kerana dosa yang dilakukannya. Tuhan menerima taubatnya dan anak2nya tidak mewarisi dosa2 ini.

4.Tuhan menjadi manusia dan hidup di bumi.
Sedangkan dalam Islam, Tuhan kekal dan tiada permualaanNya

5. Tuhan telah berkorban di atas salib salib dan mati di situ untuk menghapuskan dosa manusia.
Sedangkan dalam Islam, Tuhan tidak perlu mati atau menyelamatkan manusia dengan cara ini.

Konsep Ketuhanan Dalam Islam yang jelas dan mudah difahami menyebabkan semakin ramai orang bukan Islam berminat kepada Islam. Sebab itulah kebangkitan Islam di bumi Eropah dan Amerika bergerak dengan drastik. Hinggakan Islam diiktiraf sebagai "THE FASTEST GROWING RELIGION".

Mahaguruku Di UIA

Al-'Allamah Prof Dr Razali Bin Nawawi
Guru yang mengajarku : Kertas Am 1 & Kertas Am 2
Penyampaiannya segar dan huraiannya lain dari yang lain
Ilmunya amat hebat walaupun nikmat penglihatan ditarik balik oleh Allah
Tidak lokek utk berkongsi dgn org lain
Ana sering ’menahannya’ di tgh jalan utk bertanya soalan..


Yang Arif Dr Mohd Naim Bin Mokhtar
Hakim Syarie Pertama yang memperolehi Phd
Peramah dan mudah mesra tp ana amat segan pdnya sbb bila jumpa dgn dr naim, beliau selalu cakap, nape enta senyap jer, takde contact ana..
Guru yang mengajarku : Acara Mal Mahkamah Syariah


Prof Madya Dr Syafaai Bin Musa
Amat friendly..syukran kerana beberapa kali belanja kat kedai mamak
Guru yang mengajarku : Teks Undang-undang 1 & Teks Undang-undang 2


Dr Zulfakar Bin Ramlee
Penyelia kertas projek yang banyak membantu..
Guru yang mengajarku : Undang-undang Keterangan


Prof Madya Dr Najibah Bt Mohd Zain
Guru yang mengajarku :
Undang-undang Keluarga
Acara Jenayah Mahkamah Syariah


Dr Ismail Mohd@Abu Hassan
Guru yang mengajarku :Pengurusan Harta Pusaka


Us Salah Iwad
Guru yang mengajarku : Advanced Arabic
Kenangan manis di dalam kelas apabila ana lah yang paling kerap disoal oleh us salah..
” Yallah Zubaidi, mal jawab..?”


Syukran lakum wa jazakalluhu lakum khairal jaza'

Mahaguru ku di UM

Inilah dua mahaguru yang banyak berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran kepada ana sepanjang belajar di Universiti Malaya.. Kedua mahaguru ini merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa & Literasi, Fakulti Pendidikan UM..

Dr Muhammad Azhar Zailani


Guru yang mengajarku :
1. Linguistik
2. Teori dan Amali Pengajaran Bahasa Arab
3. Pengukuran Bahasa Arab
4. Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab




Dr Zawawi Bin Ismail
Guru yang mengajarku :
1. Kaedah Penyelidikan Bahasa Arab
2. Analisis Teks Al-Quran
3. Nahu Fungsian Dalam Pengajaran Bahasa Arab


Juga tidak lupa kepada Mahaguru yang tidak dimasukkan gambar di sini :
1. Prof Madya Dr Mohd Yusof Bin Ahmad : Pendidikan Al-Quran
2. Prof Dr Noraini Bt Idris : Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
3. Prof. Madya Dr Syarifah Nurol Akmar : Statistik Untuk Penyelidikan

SYUKRAN LAKUM 'ALA HUSNI KHIDMATIKUM

Kursus Pemantapan Guru j-QAF Siri 1

Tarikh : 4 - 5 Oktober 2009
Tempat : Hotel Goldcouse, Klang
Bil. Peserta : 84 orang

Tahniah kepada peserta yang terpilih untuk kursus pemantapan siri 1 ini..Anda bertuah sebab inilah satu2 kursus yg dijalankan di hotel..kursus untuk siri2 yang akan datang hanya akan dijalankan di dewan PPD atau dewan sekolah sahaja..Kepada sahabat yang tak terpilih utk kursus ini dan mungkin bakal terpilih utk kursus siri2 selepas ini, jangan sedih, tak dapat hotel pun takpe laa.. input yang didapati dari kursus lebih penting sebenarnya..:))



Barisan Jurulatih Utama


Dari Kiri : Us Hadi (Urusetia) dan Us Wan Yusof yang tak asing lagi pd kita semua


Dari Kiri : Us Hadi, Us Zamri (Pen. Pengarah B.Arab JPS) dan Us Ramli (Ketua Urusetia)


Ana mengambil slot yang pertama 'P&P Bahasa Arab dan PKSR'




Peserta tenang mendengar ceramah walaupun ada gak yang tertidur..






Slot permainan bahasa..cukup menyeronokkan..peserta kena jadi budak2 sekolah


Sesi bengkel


Soalan BA PKSR Akhir Tahun 2009

Salam Aidilfitri..
Soalan B.Arab utk PKSR Akhir Tahun akan dibekalkan oleh JPS ke sekolah sahabat2 sekalian..jadi, sahabat2 tak perlu pening kepala nak fikir utk buat soalan di sekolah masing2..

Buat masa ni, ianya belum lagi diedarkan ke setiap ppd..pagi besok insyaAllah penyelia j-QAF daerah akan mengambilnya di JPS. Mungkin minggu depan ianya akan sampai di sekolah sahabat2..boleh la kita mulakan dulu ngan ujian lisan (kertas 1).

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan idea dalam pembinaan soalan b. arab ini...Walaupun tanpa saguhati atau duit raya, sumbangan kalian semua amat dihargai..jazakallahu khairan kasiran..

SAHABAT2 BOLEH KLIK DI SOALAN BA PKSR AKHIR TAHUN 09 UNTUK MENDAPATKANNYA..





Kursus Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan 2009


Pada 8-11 September 2009, bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM telah menganjurkan Kursus Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran B. Arab Tahun 3 untuk jurulatih utama dan pegawai2 Bahasa Arab Jab. Pljrn Negeri.. Seramai 94 org peserta hadir dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ana telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah tentang 'Format PKSR B.Arab' yang baru dalam kursus tersebut..Walaupun pd peringkat awalnya ana amat berat utk menerima amanah ni. Maklumlah yang hadir semua hebat2..Pakar2 b.Arab pun ramai..Memandangkan bukan mudah utk mendapat 'peluang keemasan' sebegini,sayang pula jika ia dilepaskan ..Sekadar yang termampu, ana cuba utk memberikan yang terbaik..







Sungguh biadap !!


Inikah bakal pemimpin yang ingin membela Islam dan ummah, para ulama dihina & dikencing sedemikian rupa....

Inikah warisan pemimpin UMNO BN....jijik...kurang ajar...dan setann..

Nauzubillah!!!

Beradablah sikit !!!!!

Petang tadi saya sekeluarga bersiar2 di Kompleks PKNS Shah Alam..Usha barang2 persiapan untuk raya walaupun harga barang2 di PKNS diketahui umum agak mahal berbanding tempat lain..

Sejam pusing2 di sana, kami keluar utk menjengah ke pasar ramadhan pula..Masa kat tempat masukkan kad utk keluar parking, kad yang dimasukkan ditendang semula..2-3 kali mencuba tetap tendang.. Kebetulan ada penjaga parkir kat situ, saya pun menyapa dengan bahasa yang amat sopan “Bang, camne ni yer? Kad ni tendang balik lah..minta tolong yer..”

Dia terus datang dan bagitau, cara saya masukkan kad itu salah...sepatutnya kad yg bahagian belakang tu berada di atas bila dimasukkan...Namun cara dia menegur saya amat tidak beradab, ”Org masuk belah belakang woii, bukan depan (dlm nada marah)..!! Saya menjawab dgn sopan, ”Biasanya kan masuk belah depan?” Nada jawapannya semakin tinggi, ”Tak nampak ke notis yg ditulis ni?? Tak reti baca ker..??”

Rupa2nya ada notis yg ditampal ttg penukaran cara memasukkan kad parking tu.tp selain ia ditampal di bahagian bawah yg memang sukar pemandu perasan kehadirannya, selain tulisannya yg kecil..

Saya tak kesah ditegur...Tapi lain kali kalau nak tegur beradablah sikit...hormatlah sket pd org lain..kalau gunakan bahasa yg kasar ”SEDAR SIKIT LU TU SAPA, BUDAK JAGA PARKIR JER..PORAAHH”

Akhirnya Jamil Khir bersuara

Penganjur konsert MLTR digesa peka sensitiviti umat Islam



KUALA LUMPUR 2 Sept. - Penganjur Konsert Michael Learns to Rock (MLTR) digesa mengambil kira sensitiviti umat Islam sebelum membuat keputusan untuk meneruskan konsert tersebut pada 5 September ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, konsert itu diadakan dalam bulan Ramadan iaitu bulan suci umat Islam yang mana pada siangnya mereka menjalani ibadah puasa dan di sebelah malam pula bertarawih serta bertadarus.

''Gesaan saya itu selaras dengan semangat 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan semua pihak,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berkaitan konsert kumpulan itu yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada Sabtu ini.

Sementara itu, pada 24 Ogos lalu, Dewan Pemuda Pas turut menggesa kerajaan mengharamkan konsert itu yang disifatkan sebagai penghinaan besar kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadan.

Malaysia antara negara pilihan kumpulan itu dalam konsert jelajah yang diberi nama Michael Learns To Rock (MLTR) Eternity Tour 2009 Live In Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Rumah Ibadah Non Muslim Dalam Penempatan Muslim??

Dipetik dari http://g-82.blogspot.com

Apabila terbentuk kerajaan, banyak perkara yang perlu difikirkan. Sebagai orang islam yang memegang sesuatu tampuk pemerintahan kerajaan, hak yang hendak diberikan tidak sekadar diberikan kepada muslim sahaja, malah kepada non muslim juga wajib diberi.

Dalam islam, memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja adalah tuntutan agama. Bermakna, jika melakukan kezaliman, ia merupakan satu dosa yang besar, hatta terhadap non Muslim sekalipun.

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
”Allah tidak melarang kamu melakukan kebaikan dan keadilan terhadap mereka yang tidak menyerang kamu pada agama dan tidak mengeluarkan kamu daripada negara kamu. Sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan keadilan”

(Surah Al-Mumtahanah : 8)

Dari ayat ini, kita dapat melihat bagaimana Allah amat mementingkan keadilan yang perlu dilakukan terhadap sesiapa sahaja, waimma terhadap non Muslim.

RUMAH IBADAT

Antara hak keadilan yang diberikan oleh islam adalah, hak rakyat dari kalangan non Muslim beribadat. bermaksud, apabila non Muslim memohon untuk membina rumah ibadat mereka, sebagai kerajaan islam, permohonan mereka perlu dilayan.

Pun begitu, dalam memberikan layanan terhadap permohonan mereka terdapat beberapa perbahasan, iaitu seperti berikut;

Pertama : PENEMPATAN NON MUSLIM

Menurut Malikiyyah, dibenarkan mereka membina tempat peribadatan mereka, sekiranya di situ bukan penempatan orang islam.

Pendapat ini disokong oleh Imam Al-Kasani dalam kitabnya yang bertajuk “Badai As-Sanai” dan sebilangan lagi dikalangan ulama bermazhab hanafi.

Justeru, apabila non Muslim memohon sesuatu tapak yang hendak dijadikan rumah ibadat mereka. Tapak tersebut adalah penempatan non Muslim, maka pihak kerajaan hendaklah memberikan keizinan terhadap permohonan tersebut.

Tindakan tidak memberikan keizinan kepada mereka tanpa sebab-sebab yang munasabah merupakan tindakan yang zalim yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Kedua : PENEMPATAN ORANG ISLAM

Sekiranya didapati di suatu tempat itu adalah kawasan orang islam, tetapi didapati juga manoriti orang non muslim yang memohon untuk membina tempat ibadat mereka di situ. Dalam hal ini, Imam Ibnu Qasim yang bermazhab Maliki membenarkannya, tetapi bersyarat, iaitu hendaklah mendapat keizinan dari pihak pemerintah terlebih dahulu[1].

ZAHIRKAN SYIAR AGAMA

Apabila diberikan hak mereka membina rumah-rumah ibadat, maka lahir pula perbincangan, iaitu berkenaan dengan menzahirkan syiar agama mereka.

Ulama sepakat menyatakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja syiar agama mereka dalam tempat ibadat mereka. Adapun di luar tempat ibadat, ulama berselisih dalam hal ini. Sebilangan ulama membenarkan mereka menzahirkan syiar mereka di luar tempat ibadat. Ulama yang membenarkan itu adalah Al-Kasani dengan katanya;

فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ

Maksudnya;
“Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi[2]”

Keizinan yang dinyatakan ini, sekiranya tempat itu adalah kawasan penempatan orang non muslim. Adapun pada penempatan orang islam, maka itu di larang. Ini ditegaskan oleh Al-Qurafi.

Dalam mengulas isu ini, Dr Abdul Karim Zaidan berpendapat, larangan ulama dengan menegah zimmi menzahirkan syiar agama mereka di luar gereja di penempatan orang islam adalah kerana hendak menjaga maslahat umum bagi negara Islam.

Maka dengan itulah, Ulama tidak pernah melarang mereka menzahirkan syiar agama mereka di penempatan yang terdiri dikalangan mereka sahaja.

Keadaan ini dilihat kepada kejadian yang berlaku pada zaman Khalid bin Al-Walid yang membenarkan Ahl ’Anat menzahirkan syiar agama mereka di penempatan mereka.

Dalam pada itu, Dandal Jabar, penulis kitab Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami menyatakan, pemerintah Islam boleh membenarkan kepada Ahl Zimmah menzahirkan syiar agama mereka di penempatan orang Islam dan selainnya, itupun hendaklah aman dan terselamat dari fitnah[3].

Hal ini diakui oleh kebanyakan ulama fiqh, yang mereka menyebut;

حريتهم فى اللباس و الطعام و الشراب بشرط عدم استثارة شعور المسلمين أو أشعارهم بالتحدي أو أن يكون ذلك مؤديا إلي الفتنة و الفساد
Maksudnya;
“Kebebasan mereka (non muslim) pada pakaian, makanan dan minuman dengan syarat tidak terkesan pada syiar orang islam, ataupun syiar mereka tidak mencabar syiar Islam atau kebebasan mereka itu tidak membawa kepada fitnah dan kebinasaan[4]”

ISYKAL

PERTAMA:

Pembinaan rumah ibadat di kawasan muslim merupakan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti orang islam?

JAWAPAN

Jika dipegang betul-betul dengan ajaran islam, soal sensitiviti dalam isu rumah ibadat non Muslim dikawasan muslim tidak menjadi isu yang penting. Semua ini akan berjaya diselesaikan, jika berpegang dengan prinsip toleransi dan hormat menghormati yang sememangnya diajar dalam ajaran islam.

Ketika melakukan ibadat, pihak non Muslim pula perlu menghormati hak penduduk muslim. begitujuga pihak muslim perlu menghormati hak penganut-penganut agama lain ketika melakukan ibadat.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini, sebelum pihak kerajaan memberi izin pembinaan rumah ibadat non Muslim dikawasan muslim, pihak kerajaan perlu meletakkan syarat-syarat yang ketat agar ia tidak melahirkan masalah di masa akan datang.

KEDUA:

Ditempat tersebut sudah terdapat banyak rumah-rumah ibadat yang mewakili agama masing-masing. Jika dilihat dari rumah ibadat yang ada, ia sudah memadai. Bagaimana pula jika diberi tambah lagi?

JAWAPAN

Keizinan pihak kerajaan membina rumah-rumah ibadat hendaklah dengan tujuan keperluan, bukanlah untuk berlebih-lebihan.

Sekiranya ada permohonan dari pihak non Muslim untuk membina sesuatu rumah ibadat mereka. Permohonan itu bukanlah satu keperluan, tetapi untuk penambahan lagi rumah-rumah ibadat, maka ketika itu, pihak kerajaan adalah dilarang sama sekali meluluskan permohonan tersebut.

Larangan ini, bukan sekadar terhadap permohonan non Muslim untuk pembinaan rumah-rumah ibadat mereka, malah permohonan untuk pembinaan masjid dan surau dengan tujuan berlebih-lebihan pun dilarang.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
”Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu haramkan perkara yang baik, yang Allah halalkan kepada kamu. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”

(Surah Al-Maidah : 87)

Nabi SAW ada menyebut sebanyak tiga kali;

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ

Maksudnya;
”kebinasaan bagi orang yang berlebih-lebihan[5]”

PENUTUP

Islam tidak menafikan hak manusia. Menafikan hak merupakan tindakan zalim, sedangkan kezaliman adalah perkara yang ditentang hebat oleh Islam.

Justeru, lihatlah islam dari sudut keadilannya, bukan dilihat dari sudut sentimen dan persepsi golongan tertentu. Jika islam dilihat dari sudut persepsi atau sentimen manusia tertentu, sudah pasti islam tidak dapat dinilai sebagai adil di mata dan hati manusia.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

4 Perkara

Empat perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama


Empat Cara Tidur

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' dan Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Datuk Shah Rukh Khan Ngaku Jarang Puasa


Shah Rukh Khan mengaku tidak berpuasa penuh

MUMBAI: Jadual kerja yang sangat sibuk menjadi sebab beliau sukar untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

Namun pelakon terkenal, Shah Rukh Khan berkata beliau masih berpuasa sekurang-kurangnya beberapa hari dalam bulan Ramadan.

Shah Rukh memberitahu satu agensi berita bahawa setiap tahun beliau berazam "untuk berpuasa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari ketika Ramadan."

Bagaimanapun, tuntutan profesionalnya menjadikannya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh itu.

Shah Rukh atau SRK berkata beliau sering tidak berpuasa kebelakangan ini kerana mengambil ubat akibat masalah sakit belakang. – Agensi

Syeikh Kabir - nampaknya lepas ni Kerajaan Melaka kena beri gelaran Tan Sri pula pada Shah Rukh Khan kerana jasanya yang telah menunjukkan 'contoh yang baik' kepada para remaja dan umat Islam...

Terbongkarnya kehebatan solat dalam kajian sains


Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, KL, satu seminar mengenai Sains Solat telah dianjurkan oleh JAKIM dgn kerjasama UM. Hampir 1 ribu orang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta hadir dalam seminar tersebut..Ana, Us Fendi, US Hamidi dan Us Zukhairi antara yang mewakili JPS.



Mantan PM, Pak Lah hadir merasmikan seminar..beliaulah yg mencetuskan idea agar dijalankan penyelidikan tentang sains solat ni...syukran Pak Lah..

Seminar t'sebut dijalankan hasil penyelidikan yg telah dilakukan oleh 3 penyelidik dari Jab. Kejuruteraan Bio Perubatan, UM terhadap solat dari perspektif sains..
Apa yang menarik, salah seorang penyelidik tersebut adalah Non-Muslim..Iaitu En. Ng Siew Cheok yg mengkaji hubungan solat dgn isyarat otak..

Antara kertas kerja dan hasil penyelidikan yg dibentangkan ialah :
1. Solat dari perspektif sains kepada otak.
2. Solat dari perspektif sains kepada sistem otot.
3. Solat dari perspektif sains kepada komposisi badan.
4. Solat dari perspektif sains kepada denyutan jantung.
5. Solat dari perspektif sains kepada disfungsi ereksi (tenaga batin)

Wah..hebatnya solat ni..sampaikan boleh memberi kebaikan kpd yg mengalami masalah tenaga batin..

Ana tak mampu utk menceritakan di sini hasil2 dan penemuan yg menakjubkan antara solat dan sains..byk sgt informations yg diberikan.. Ana sarankan sahabat2 beli buku yg ditulis oleh 3 penyelidik hebat tu..SOLAT KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS..harganya RM 29..buku ni merupakan best seller wat masa skrg..sahabat mesti beli buku nii...



Bersama Us Zukhairi dan Us Fendi...Org kata kat mana ada ana, kat situ ada la Us Fendi..serasi kot! hehee


Jumpa kawan lama masa kat Mesir dulu..
Us Norhafizi, ketua imam kat Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati..




Bersama Us Hamidi

Shopping Kat Pesta Buku Selangor

Semalam, ana berpeluang utk kali ke 3 berkunjung ke pesta buku S'gor yg diadakan kat kompleks PKNS Shah Alam..jaraknya tak sampai pun 4 KM dari rumah..Semakin menuju ke penghujungnya, pengunjung pun nampaknya semakin lengang..Kalau nak compare ngan tahun lepas, tahun ni pengunjungnya agak berkurangan..mungkin kerana kurangnya booth yg menawarkan diskaun yg menarik...

Disbbkan pesta buku tahun ni awal2 lagi diuar2kan dan mcm2 banner digantung kat bandaraya Shah Alam ni mmbolehkan ana awal2 lagi spend budget utk berbelanja buku2 kat sana..takdelah budget byk sgt, sekitar RM 500 jer..Sbnrnya 5 ratus bukanlah jumlah yg besar dan 'selesa' utk beli buku...

Sepanjang 3 kali berkunjung ke sana, ternyata bajet dah lari...bila dicampur bil2, jumlahnya RM800++...tapi shopping lebih utk buku takpe..kira aset kekal gak tu..manfaat yg diperolehi jauh lebih besar nilainya dari apa yg dibelanjakan... Yg penting jgn biarkan ia terperap kat rak tanpa disentuh..

Pada kawan2 yg belum b'kesempatan pegi ke sana..masih ada masa lagi...last day pd hari ahad 2/8/09 nanti..

Antara buku2 yg dibeli....








Antara koleksi buku kesayangan...