Ana mendapat seorang sahabat baru semasa kami sama-sama menghadiri taklimat buku teks di DBP... Sahabat baru ana ni (Jais namanya) seorang guru yg menghadapi mslh penglihatan..Namun kekurangan itu tidak menghalang sahabat ini utk berjaya hingga beroleh Ijazah Sarjana Muda dari Uni. Malaya. Sudah lama mengajar di sebuah sekolah di Sentul...berulang alik dari rumah ke sekolah dengan mcm2 kepayahan...Apa yang lebih membanggakan, beliau merupakan penulis buku teks ICT untuk golongan cacat penglihatan.Byk cerita yang beliau kongsikan....hebat..anda memang hebat...Ana sendiri tidak pasti di mana kedudukan ana skrg ini jika ditakdirkan lahir dalam kekurangan seperti beliau...tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Kuasa...seharusnya org yg dilahirkan sempurna seperti kita perlu sentiasa bersyukur dan terus bersyukur
Dalam satu riwayat yang bersumberkan Ali bin Abi Thalib k.w. dikemukakan: "Rasulullah tidak berperawakan terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Beliau berperawakan sederhana di antara kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang. Badannya tidak gemuk, dagunya tidak lancip dan wajahnya agak bundar. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Bahunya bidang. Beliau memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Bila beliau berjalan, berjalan dengan tegap seakan-akan beliau turun ke tempat yang rendah. Bila beliau berpaling, maka seluruh badannya ikut berpaling. Di antara kedua bahunya terdapat Khatamun Nubuwwah, iaitu tanda kenabian. Beliau memiliki hati yang pemurah di antara manusia. Ucapannya merupakan perkataan yang paling benar di antara semua orang. Perangainya amat lembut dan beliau paling ramah dalam pergaulan. Barangsiapa yang melihatnya, pastilah akan menaruh hormat padanya. Dan barangsiapa yang pernah berkumpul dengannya, kemudian kenal padanya, tentulah ia akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifatnya, pastilah akan berkata: "Belum pernah aku melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seistimewa beliau S.A.W."(1).
1) Diriwayatkan oleh Ahmad bin 'Ubadah ad-Dlabi al-Bashri, juga diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja'afar Muhammad bin al-Hussein dari Isa bin Yunus dari 'Umar bin Abdullah dari Ibrahim bin Muhammad dari salah seorang putera Ali bin Abi Thalib k.w. yang bersumber dari Ali bin Abi Thalib.
Hadis di atas disokong oleh hadis yang berbunyi:
Dalam satu riwayat yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a. dikemukakan; bahawa ia pernah bertanya kepada pak ciknya yang bernama Hind bin Abi Halah(2) tentang sifat Nabi S.A.W. Hind menjawab: "Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan rembulan di malam purnama. Beliau lebih tinggi dari orang yang rendah dan lebih rendah dari orang yang tinggi. Beliau berjiwa pelindung. Rambutnya bergelombang. Apabila beliau menyisir rambut (rambutnya, maka dibelahnya menjadi dua. Bila tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya disisir dengan rapi, sehingga tampak selalu bersih. Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat urat yang tampak kemerah-merahan apabila marah. Hidungnya mancung, di puncaknya ada cahaya yang memancar sehingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira puncak hidungnya lebih mancung. Janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, mulutnya lebar (serasi dengan bentuk wajahnya), giginya agak jarang teratur rapi, bulu dadanya halus, lehernya mulus dan tegak bagaikan leher kendi. Bentuk tubuhnya sedang-sedang sahaja, badannya berisi, perut dan dadanya sejajar, dadanya bidang, jarak antara kedua bahunya lebar dan tulang persendiannya besar. Badannya yang tidak ditumbuhi rambut nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat tumbuh bulu yang tebal bagaikan garis. Kedua susu dan perutnya bersih selain yang disebutkan tadi. Kedua hasta, bahu dan dada bahagian atas berbulu halus. Kedua ruas tangannya panjang, telapak tangannya lebar. Kedua telapak tangan dan kakinya tebal, jari-jemarinya panjang, lekukan telapak kakinya tidak menempel ke tanah. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak menempel. Bila baginda berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya cepat, seakan baginda turun ke tempat yang rendah. Bila baginda menoleh seseorang, maka baginda memalingkan seluruh tubuh badannya. Pandangan matanya terarah ke bawah, hingga pandangannya ke bumi lebih lama dari pandangannya ke langit. Pandangannya penuh makna. Bila ada sahabat berjalan, maka baginda berjalan di belakangnya dan bila berselisih, maka beliau menyapanya dengan salam"(3).
2) Hind bin Abi Halah ialah putera Khadijah (anak tiri Rasulullah S.A.W.) dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah. Ia termasuk orang yang banyak menceritakan sifat Rasulullah S.A.W.
3) Diriwayatkan oleh Sufyan bin Waki' dari Jami' bin 'Umair bin 'Abdurrahman al-'Ajali dari warga Bani Tamim bernama Aba 'Abdullah dari Hind putera Abi Halah yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.)
____________________________________________________________________
*Sumber:
* Buku: As-Syamail Muhammadiah
* Karya: Imam At-Tirmidz (Abu 'Isa Muhammad bin 'Isa bin Saurah)
* Alih Bahasa: Drs. M. Tarsyi Hawi
Di antara 5 maqasid syariyyah ialah menjaga nyawa dan harta. Meskipun hukum bermain mercun pada asalnya adalah harus kerana tiada dalil yang secara langsung mengharamkannya. Namun jika diperhatikan, bermain mercun ini boleh menyebabkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti berlaku kematian, kecacatan dan sebagainya lagi. Jadi ia sudah tentu dilarang oleh Islam kerana tidak selari dengan tuntutan tujuan-tujuan syariah (maqasid syariyah).
Selain itu juga ia telah dilarang dan diharamkan oleh pihak kerajaan. Apa-apa undang-undang yang diwartakan oleh pihak pemerintah selagimana ia tidak melanggari tuntutan syarak maka syarak mengiktirafnya.
Secara ringkasnya, antara sebab-sebab yang menjadikan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-
1) Mendatangkan Mudarat Kepada Diri
Ini tidak perlu lagi dihuraikan, cukup laporan akhbar sebagai fakta dan gambar2 di bawah ini
2) Mudarat Orang Lain
Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya (pencemaran bunyi), gangguan kepada jiran tetangga, anak kecil yang hendak tidur, selain bahaya letupan dan kebakaran yang mungkin berlaku.
Ada kalanya masuk saja pukul 12 malam, di masa itulah mereka meletupkan mercun yang kuat. Jelas tujuannya untuk menganggu orang yang hendak atau yang sedang tidur. Maka jelaslah ia termasuk dalam perkara atau perbuatan yang diharamkan.
Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia diletupkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat. Ketika ibu-bapa sedang sibuk mengerjakan sembahyang terawih di masjid/surau, ketika inilah anak-anak kecil/remaja bermain mercun diluar pengetahuan mereka.
Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah atau individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Ini boleh dianggap persamaan dengan cubaan membunuh, kerana letupan api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.
Nabi s.a.w bersabda :
Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat, maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya pula”
(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)
Terdapat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk ke dalam buaian seorang bayi. Juga kisah ini dimana “Ibu Syafiq, Saripah, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya yang terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera”.
3) Pembaziran
Bermain mercun adalah satu pembaziran kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati bunyi letupan yang tiada membawa satu faedahpun.
Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajakan sebaik mungkin dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun. Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedekah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.
Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain. Isu ini sangat jelas sekali.
Namun saya percaya, kepada para penggemar mercun, seribu satu dalil akan dicari dan diberikan utk menghalalkannya...sama juga dgn hukum merokok..namun sbg umat Islam yang inginkan hidup dalam penuh ketenangan dan keharmonian, maka fikir-fikirkanlah...
Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai Pertandingan Muhawarah yang julung2 kali diadakan di daerah Klang mahupun di negeri Selangor (?). Kesemua peserta yg bertanding telah memberikan persembahan yg segar dan menarik..Namun hanya 3 sahaja yg dipilih sbg pemenang.Keputusannya seperti berikut :
Johan : SK Taman Klang Utama
Naib Johan : SK Meru
Tempat Ketiga : SK Telok Menegon
Tahniah dan syabas kepada yang memang...tahniah juga kepada pasukan yg rezeki kurang memihak kpd mereka atas komitmen yg tlh ditunjukkan..Moga2 pertandingan ini akan diteruskan pada tahun2 akan datang.
Terima kasih kpd Tn. Hj Jaafar B Rajuli, KPP Sektor Pen. Islam, JPS yg sudi dtg merasmikan majlis penutup
Taklimat penghakiman oleh Ketua Hakim, Us Mazlan Khamis
Antara barisan para hakim
Persembahan dari SK Taman Klang Utama..
Penonton terhibur dgn persembahan peserta
Persembahan dari SK Telok Menegon...Tempat Ke-3..masih berbisa walaupun tanpa Us Hamidi :))
Johan..SK Taman Klang Utama..mabruk alaikum
Tahniah SKTKU..
Ketua Pasukan SK Taman Klang Utama, Pravin a/l Anand..satu2nya peserta India (non muslim) yang menyertai pertandingan muhawarah.
Tumpang berbangga...
Alhamdulillah...setelah hampir 2 bulan bertungkus lumus membuat persediaan untuk menganjurkan muhawarah daerah klang ini, akhirnya ia telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pagi tadi.
Bermula dgn merangka kertas kerja, membina syarat & peraturan pertandingan, mesyuarat AJK Pelaksana, mesyuarat kehakiman, urusan surat menyurat,kerja2 teknikal, buat teks pengacaraan, melatih budak2 yg bertanding dan yg buat persembahan hinggalah mencari & membalut hadiah & hamper, ternyata amat memenatkan..tambahan pula terpaksa menghadiri beberapa siri kursus & mesyuarat di KPM, DBP & JPS, kekangan masa amat dirasai..tapi petang ni, ana dapat menarik nafas lega..lega selega leganya...seolah2 baru aje melangsaikan hutang along sbyk 2 juta..:))
Boleh la ambil peluang berehat bersama isteri & anak2 sementara mendapat 'arahan' baru..Us Zamri JPS pun dah bagi hint ada keja baru yg nak dibuat..relaks jap yer ustaz...
Alhamdulillah, setelah berkampung selama 4 hari di The Royale Bintang Hotel, Seremban, kursus orientasi KSSR B.Arab Tahun 1 untuk JU B.Arab Kebangsaan dapat berlangsung dengan jayanya...Tahniah kepada semua yang terlibat, penganjur, urusetia, penceramah dan peserta yang masing-masing memberi sumbangan dalam menjayakannya..Terlalu banyak ilmu, maklumat dan pengalaman yang diperolehi sepanjang kursus.
3 tahun lepas, kursus utk JU B.Arab peringkat kebangsaan juga diadakan di hotel yg sama..bezanya nama aje sudah lain..dulu dikenali dengan Royal Adelphi, tapi skang dah jadi Royale Bintang..tapi kondusi hotel tetap sama, selesa, mantap dan agak 'mewah' berbanding hotel2 yg biasa dibuat kursus.Sekali lagi tahniah kepada semua..
Dato' Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam sedang berucap merasmikan majlis
Jamuan makan malam..kelihatan Dr Haron Din, Dato' Khusrin (Pengarah Jais), Dr. Hasan Ali dan Dato' Majid (Tim. Mufti Selangor)
Kiri : Us Mustafa Sidin Al-Muqri', Imam Besar Masjid Negeri Selangor
Tahniah dan terima kasih kepada masjid negeri selangor yang telah mengadakan majlis untuk menghargai jasa guru-guru yang telah mencurah ilmu di masjid negeri... Juga terima kasih di atas cenderahati yang telah diberikan.. Anugerah Tokoh Ulama' telah diperkenalkan dan Tuan Guru Prof. Dato' Dr. Haron Din telah dipilih untuk menerima anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan itu..Kezuhudan dan Tawadhukknya Tok guru Haron Din jelas terpancar dari ucapan yang disampaikannya tatkala menerima anugerah tersebut.. Majlis diakhiri dengan jamuan makan untuk para murabbi yang mengajar di Masjid Negeri
Tokoh Ulama' Tahun 2010 - Dr Haron Din
Buat julung kalinya Jawatankuasa Panitia Bahasa Arab Daerah Klang mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan Muhawarah Bahasa Arab. Selain untuk menguji tahap penguasaan murid dalam setiap kemahiran bahasa yang dipelajari, pertandingan ini juga bertujuan untuk untuk mencungkil bakat dan memupuk semangat persaingan dalam kalangan murid bagi mempertingkatkan potensi diri.
Secara ringkasnya, beberapa maklumat mengenai pertandingan ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 26 Julai 2010 (Tertakluk pada perubahan)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : SK Taman Klang Utama
Tajuk / Tema : Berkisar tentang dunia pendidikan atau tema (mawaqif) sukatan pelajaran bahasa arab sekolah rendah.
Bil. Peserta : 3 - 10 pelajar
Pendaftaran : Dibuka dari sekarang sehingga 9 Julai 2010.
Borang pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati dan dimuat turun di http://jpdbaklang.blogspot.com. Borang pendaftaran hendaklah diisi secara online dan diemailkan pada syeikh_kabir@yahoo.com dan secara manual serta diletakkan pada pigeon hole SK Taman Klang Utama di PPD Klang. Penyertaan sekolah tuan puan dalam pertandingan ini amatlah dialu-alukan. Sekian harap maklum.
01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu 'itu' akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam. Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.
Tetapi orang Melayu 'itu' tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke SAR adalah PM Melayu !
Orang Melayu 'itu' tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu 'itu' diam sahaja dan mereka boleh terima.
Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu 'itu' merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.
Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman ASOBIYAH sempit.
Sudahkan kalian bayangkan?
Dipetik dari http://biaqpila.blogspot.com
Di bawah ini adalah dari catatan seorang hamba Allah semasa beliau mengunjungi Negeri Kelantan baru-baru ini yang aku kutip dari kiriman ke e-mail aku...
Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama di meja beliau sambil berborak menanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9). Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau membayar harga makanan dan minumnan kami sekeluarga pada pagi itu..
* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali di majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..
PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.
HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.
Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.
Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.