ir a principal  |
      Ir a lateral
Ditulis Oleh
Zubaidi Sulaiman
Jam
10:49 PTG
 
Ditulis Oleh
Zubaidi Sulaiman
Jam
6:59 PTG
 
   myMetro
myMetroKOTA BHARU :  "Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada  anak murid  tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil  kesempatan  terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal  seksual," kata  Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini,  semalam.
Zainal berkata demikian sejurus  menjatuhkan hukuman penjara 12  tahun dan dua sebatan terhadap seorang  guru sebuah sekolah rendah di  Tanah Merah selepas didapati bersalah  terhadap dua tuduhan merogol anak  muridnya berusia 12 tahun pada 2006.
 BERSALAH...  Mohd Saidi selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan,  semalam.
BERSALAH...  Mohd Saidi selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan,  semalam.
Tertuduh, Mohd Saidi Che  Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa  mengikut Seksyen 376  Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara  maksimum 20 tahun  dan sebatan jika sabit kesalahan. Tertuduh yang berpengalaman mengajar  lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib  baik kerana hukuman penjara itu  berjalan serentak bermula semalam.
Selain itu dia juga bernasib  baik kerana mahkamah membenarkan  permohonan penangguhan pelaksanaan  hukuman dikemukakan peguamnya,  Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif  Hassan hingga rayuan dikemukakan di  Mahkamah Tinggi. Dalam  penghakimannya, Zainal mendapati  pembelaan gagal menimbulkan keraguan  munasabah dan pembelaan tertuduh  hanya penafian semata-mata. Pendakwaan  kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.