
Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid, beliau sudah membaca lebih daripada 70,000 buah buku sepanjang hidupnya.
Agak2, dah berapa banyak buku yang kita baca sepanjang hidup kita? Ana sendiri pun tak ingat jumlahnya..mungkin belum sampai seribu lagi kot..
Ahad November 1, 2009
MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PELANTIKAN DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI YDP YADIM 
Memorandum Kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bertarikh 12 Oktober 2009.
Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Memorandum bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia ini dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj supaya menarik balik pelantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Asri) sebagai Yang Di Pertua YADIM.
Alasan Memorandum ini ialah antara lainnya :-
1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Pelantikan Dr. Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui YADIM.
2. Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkalibertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti.
3. Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.
4. Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.
5. Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama IslamNegeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor.
6. Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini.
7. Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umatIslam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (beritaberita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahandan beberapa kejadian pergaduhan.
8. Sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam dimalaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, elstrem serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri lain selain Perlis, Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negerinegeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini.
9. Penolakkan oleh sebahagian besar tokoh agama dan umat Islam terhadap pemikiran danpendekatan beliau dalam amalan agama adalah kelemahan besar Dr.Asri dan amat tidak sesuai untuk menerajui sebuah agensi dakwah yang ditunjangi oleh Kerajaan Malaysia. Peribadi yang lebih berhemah dan memahami manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia adalah lebih wajar menerajui YADIM. Terdapat ramai lagi tokoh lain yang tidak kontroversi yang datang dari golongan Muslim arus perdana yang boleh dilantik menerajui YADIM dan diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.
10. Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar. Hanya segelintir dari masyarakat Islam yang berpendirian ekstrem dalam hal furu’ atau perkara cabang yang gembira dengan pemikiran dan pendekatan beliau. Kami bimbang Kerajaan Persekutuan akan disisihkan oleh umat Islam dalam kegiatan keagamaan dan amalan keagamaan yang seragam dan telah sebati di seluruh Negara tidak lagi menjadi arus perdana di masa akan datang, manakala Pihak Berkuasa Agama Negeri mengambil pendekatan berbeza dari Kerajaan Persekutuan.
Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Ditandatangani oleh:
Mohamad Isa bin Abd RalipPresiden PGSMBertarikh 12 Oktober, 2009
Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –
1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami
4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
5. Persatuan Peguam Syarie Malysia
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Jemaah Islah malaysia (JIM)
10. Persatuan Ulamak Malaysia
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Saya terpanggil utk menyambung tulisan mengenai j-QAF Menengah..Us Hamidi antara yg paling 'push' saya utk meneruskan citer..(syukran ustaz)...
Tajuk entry saya di atas menjawab apa yg maksudkan dlm entry sblm ini, kita akan kehilangan sesuatu yg begitu sekali kita sayang dan perjuangkan..Ya, subjek BA tiada lagi dalam program j-QAF Menengah...Bahasa Arab hanya diajar secara SERAPAN dlm subjek Pendidikan Islam..Maksudnya, hanya perkataan dan istilah2 tertentu dlm bahasa Arab diserapkan dalam pelajaran PI dan diajar secara tak langsung..contohnya, SOLAT, SIYAM, ILTIZAM, ISTIQOMAH, MUNAKAHAT dll...
Sayang seribu kali sayang, guru2 b.arab j-QAF di sekolah rendah bermati-matian mengajar bahasa Arab supaya murid minat dan cintakan bahasa Arab..Namun, tidak ada kesinambungan di j-QAF Menengah..hanya terhenti setakat darjah 6.. saya begitu sedih sekali dgn perkembangan ini..tapi apakan daya, ini keputusan yg terpaksa kita terima..
Antara sebab2 kenapa subjek BA tiada lagi di j-QAF Menengah ialah :
1. Jumlah subjek yg banyak di SM..Oleh itu, tiada tempat utk dimasukkan BA..
2. Tambahan waktu tidak dibenarkan..lebih2 lagi KPPM skrang mahu semua SM balik tidak lebih jam 1.30 tghr.
3. Status BA itu sendiri yg merupakan subjek tambahan..Oleh itu, ia tidak layak utk berada dalam jadual waktu, melainkan dilaksanakan luar jadual waktu..Namun, byk kekangan utk melaksanakan BA di luar waktu.
Oleh yg demikian, usaha dan slogan utk memartabatkan bahasa Arab di Malaysia nampaknya semakin sukar untuk direalisasikan...
Semasa entry ini ditulis, saya masih lagi sedang mengikuti mesyuarat pemurniaan kertas cadangan pelaksanaan j-QAF sekolah menengah di Empress Hotel, Sepang..Seramai 6 org JU dipilih utk menghadiri mesyurat tersebut bersama pegawai2 atasan di bahagian Pen. Islam, KPM.. Selain utk memurnikan kertas cdgn pelaksanaan j-QAF Menengah, mesyuarat juga memfokuskan ttg apakah modul2 yg sesuai utk di laksanakan nanti...
Secara keseluruhannya, bentuk program j-QAF Sek Men amat berbeza sekali dgn Sek Ren..Antaranya, j-QAF SK lebih mengutamakan murid khatam dan menguasai al-Quran manakala j-QAF SM pula lebih menumpukan penanaman dan pengukuhan akidah dlm diri pelajar.
Sebelum ni juga, heboh diperkatakan guru j-QAF kohort 2005 akan di'tolak' ke SM hingga menimbulkan reaksi yg pelbagai..Namun yg pastinya, guru2 j-QAF 2005 akan kekal di SK..Ini kerana guru yg akan mengajar j-QAF Menengah nanti ialah guru GPI yang sedia ada di sekolah masing2..cuma yang beruntungnya, mereka akan dinaikkan ke Gred DG 44 dan dikenali sbg Guru Khas Amali Pendidikan Islam dgn syarat berpengalaman mengajar lebih dari 5 tahun... Ini bermakna hanya guru DG 44 yg akan mengajar j-QAF Menengah nanti..Habis, kalau kita nak pohon utk ke SM boleh ker ??? Itu ana jawab kemudian, kalau lah ada pertanyaan dr sahabat2..
Namun yg paling menyedihkan ialah kita akan kehilangan sesuatu yg sangat2 bernilai yg selama ini kita betul2 perjuangkan..ana antara org yg paling kecewa dan sedih dgn perkembangan ini...Apakah yg akan 'hilang' ??? Tunggu entry ana seterusnya..
*Nampaknya Us Hamidi dah kena stop poll yg dijalankan kat blog tu..:))
Us Roslan dr BPI dan Us Shamsuddin, Guru PI JUSA C..GPI pertama yg dpt JUSA
Pn Hjh Fauziah, Ketua Bidang Pen. Islam, BPK dan Pn Noraza, Ketua Unit j-QAF
Bersama Us Hesyam dan Us Khairi
Bersama JU dari Wilayah..Us Hazman, Us KJ (Khairi Jalaluddin)

Kisah berlaku di damansara..seorang guru perempuan merasakan ada sesuatu yg tak kena pd dirinya..selain ramai yg perasan kejernihan mukanya semakin hari semakin pudar..kulit wajahnya menjadi tak berseri dan kesihatannya selalu terganggu..
Dgn takdir Allah, akhirnya terbongkarlah satu rahsia yg amat menjijikkan..rupa2nya bibiknya kat umah setiap hari mencampurkan air kencingnya ke dalam minuman yg disediakan utk guru pompuan tu sekeluarga..bukan setakat itu, air kencing bibik tu juga dicampurkan sekali ke dlm susu yg diberikan kpd anak2nya..selain itu anak2nya juga dimandikan dgn air basuhan kaki bibik berkenaan..
Ni lah antara rentetan kisah benar perihal bibik2 yg byk buat onar...kesian pd guru tersebut dan kuarganya...malang juga pd sesiapa yg pernah pegi ke rumah guru tersebut dan meneguk segelas air yg dihidangkan..
Seminar Pendidikan Islam Serantau yang diadakan di Uni. Malaya semalam menjadi medan pembentang kertas kerja untuk mencerca, menghina dan menelanjangkan program j-QAF dan guru-guru j-QAF.
Kertas kerja terakhir pada sebelah petang khas mengenai j-QAF. Apa yang amat dikesalkan, pembentang kertas kerja tersebut dengan angkuhnya mengisytiharkan bahawa GURU-GURU j-QAF MERUPAKAN GOLONGAN THIRD CLASS.. Golongan yang dikutip kat tepi jalan untuk diberikan kerja..Katanya, jika tidak ada j-QAF, sudah tentu sampai sekarang GURU-GURU j-QAF NI MASIH AMBIL UPAH SEMBELIH AYAM, SEKOR DAPAT 15 SEN...begitu sekali beliau menghina dan memperlekehkan guru-guru j-QAF.
Ini cuma sebahagian dari penghinaan dan cercaan terhadap j-QAF dan guru j-QAF yang dilontarkan dalam seminar tersebut.. Banyak lagi yang ana rasa 'tak sampai hati' nak sebutkan di sini..
Apa yang ana nyatakan ini bukan bermaksud kita guru j-QAF tidak boleh menerima kritikan atau teguran, namun biarlah BERLAPIK dan BERSOPAN..biar sesuai dengan dgn taraf pembentang yg ada PhD, walaupun ramai yg mempertikaikan ilmu dan akhlak beliau sejak dulu lagi. Rasanya sahabat-sahabat yg pernah belajar di MPI kenal dgn 'ULAMA' yang angkuh ini.
Ketika menyampaikan kuliah akidah di masjid negeri beberapa hari lepas, seorang jemaah bertanya dan meminta ana sebutkan penyelewangan2 akidah dalam agama kristian dan bandingkan dengan konsep ketuhanan dalam Islam. Ana sebutkan beberapa hujjah (secara ringkas):
1. Agama Kristian meyakini bahawa Tuhan itu triniti tetapi satu (iaitu ada 3 persons dalam satu tuhan iaitu Tuhan, Tuhan Anak dan Roh Kudus).
Sedangkan dalam Islam, Tuhan adalah satu hanya satu.
2. Kristian menyebut Tuhan mempunyai anak yang dikenali sebagai Jesus Christ.
Sedangkan dalam Islam Tuhan tidak beranak dan tidak diperanakkan.
3. Dosa pertama (origin sin) yang dilakukan oleh Adam diwarisi oleh manusia seluruhnya.
Sedangkan dalam Islam, Adam dikeluarkan dari syurga kerana dosa yang dilakukannya. Tuhan menerima taubatnya dan anak2nya tidak mewarisi dosa2 ini.
4.Tuhan menjadi manusia dan hidup di bumi.
Sedangkan dalam Islam, Tuhan kekal dan tiada permualaanNya
5. Tuhan telah berkorban di atas salib salib dan mati di situ untuk menghapuskan dosa manusia.
Sedangkan dalam Islam, Tuhan tidak perlu mati atau menyelamatkan manusia dengan cara ini.
Konsep Ketuhanan Dalam Islam yang jelas dan mudah difahami menyebabkan semakin ramai orang bukan Islam berminat kepada Islam. Sebab itulah kebangkitan Islam di bumi Eropah dan Amerika bergerak dengan drastik. Hinggakan Islam diiktiraf sebagai "THE FASTEST GROWING RELIGION".

