Pagi tadi ana menyampaikan kuliah subuh bulanan di salah sebuah masjid di Puchong..salah sebuah masjid yang bagi ana jemaahnya amat mesra dan ajk masjid yang begitu prihatin..kehadiran jemaah untuk mendengar kuliah akidah pada setiap pagi ahad minggu kedua itu tidak pernah mengecewakan..keadaan demikian menyebabkan ana sentiasa bersemangat untuk terus berkongsi ilmu di sana...
Ana cukup berbangga dengan Imam 1 masjid berkenaan..Orangnya warak dan tawadhu. Walaupun alim dan sudah lama menjadi Imam, namun beliau merupakan pengikut setia kuliah ana..beliau antara yang mengadap atau duduk paling hampir dengan ana..Beliau tidak pernah lekang bersama kitab Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah setiap kali kuliah..Jarang sekali kita melihat seorang Imam yang sanggup 'merendahkan statusnya' sebagai seorang Imam dan pakar rujuk untuk menadah kitab dengan orang lain..Inilah antara contoh pemimpin yang hebat dan peribadi yang boleh dijadikan contoh..
Nazir yang baru dilantik juga (sebelum ni hanya ajk biasa saja) amat hebat orangnya..Melihat gaya dan perwatakannya serta sifat merendah diri yang ada padanya, anda tentu tidak menyangka yang beliau adalah seorang pegawai tinggi tentera..bukan calang2 pangkat tapi Kolenal..Berbanding dengan Nazir sebelum ini yang amat2 jarang kelihatan di masjid, tuan Kolenal ini adalah pengunjung tegar masjid dan amat layak memegang jawatan tersebut..
Selepas habis kuliah , macam biasa disediakan minum pagi utk semua jemaah yang hadir...macam2 topik yang keluar sepanjang tempoh minum pagi itu..antara tentang saf pimpinan baru masjid..ana bersyukur kerana dalam saf baru yang dilantik, tiada lagi ajk2 yang bukan 'ahli masjid'..
Tatkala melangkah keluar dari masjid, seorang jemaah yang agak rapat dgn ana dan selalu bertemu di masjid mempelawa ana ke rumahnya..Pada mulanya ana menolak kerana ana perlu pulang cepat ke rumah, namun setelah beliau offer beberapa ubat tradisional utk rawatan 'kuning' utk anak ana, akhirnya ana terima jua pelawaan beliau..
Tiba di rumah beliau, topik mula2 yang keluar ialah tentang pemilihan Ajk masjid yang baru beberapa minggu diadakan..Rupa2nya beliau telah terpilih sebagai Imam 1 di masjid itu..Imam 1 yang lama dilantik sebagai Imam 2 kerana dah lebih umur (syarat Imam tak lebih umur 60 tahun)..
Isi perbualannya menjadi panas..beliau beritahu yang ramai org kanan masjid cuba mensabotaj beliau supaya beliau tak terlantik sebagai Imam..termasuklah katanya Imam 1(lama) sendiri yang 'enggan' melepaskan jawatan tersebut meskipun dari sudut syarat penjawatannya, beliau sudah tidak layak..mcm2 la yg diceritakan oleh beliau tentang 'taktik2 kotor' yang dibuat oleh org2 masjid yg tidak menyokongnya..hingga akhirnya beliau beberapa minggu 'memulaukan' masjid wlpun selepas dilantik sbg Imam kerana kecewa dgn keadaan yg berlaku...Beliau juga bagitau yg hubungannya dgn Imam 2 skrang (dulu Imam 1) agak dingin...Sepanjang perbualan ana dgn Imam 1 yg baru ni, ana dapati dalam banyak perkara beliau tidak sependapat dan sepakat dengan Imam 2 (bekas Imam 1)..dari sudut pendekatan, cara berfikir dan hala tuju agak bercanggah antara keduanya..
Sepanjang memandu kereta utk pulang ke rumah, fikiran ana tertumpu kepada hubungan panas antara pimpinan2 masjid tadi..apa yg ana dapat simpulkan, bagaimana kita hendak menjadikan masjid lebih makmur dan menggalakkan lebih ramai jemaah hadir di masjid selain menjadikannya tempat utk memperkukuhkan persaudaraan dan silaturrahim jika sekiranya antara Imam2 sendiri tidak sepakat dan saling berprasangka..(????)..
Semuanya mungkin berpunca krn 'melayan' nafsu ammarah..namun ana hanya mendengar cerita sebelah pihak, situasi sebenarnya wallahu 'allam..mungkin juga citer2 begini sesaje disensasikan.. tapi ana tak bercadang pun utk mengorek citer sblh pihak lagi apatah lagi nak jadi org tengah..kesemua mereka adalah org2 yg berilmu dan bijak..nasihat ana apa2 tindakan dan cara berfikir mesti berlandaskan ilmu dan kebijaksanaan..Jangan biarkan org2 awam yg melihat perbuatan org2 alim dan menghukumnya sbg sesuatu yg 'lawak'..akhirnya mereka akan terus mempelekehkan org2 agama dan menganggap agama itu sendiri sbg sesuatu yg lawak krn pendokong2 agama sendiri hanya layak digelar pelawak.. wal 'iya zu billah..
MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'
Jimadie Shah Othman | Jun 27, 09 1:03pm
Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.
"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.
"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."
Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.
Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.
Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.
Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.
Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.
Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.
"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.
"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.
Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.
"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.
"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.
Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.
"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.
"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.
Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.
Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.
Minggu dpn dengar2 khabar ada lagi mesyuarat yg ana kena hadir..kali ni anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia..Rasanya mesyuarat pemurniaan kali ke-2 SP & HSP B.Arab Tahun 3..sebelum cuti sekolah hari tu, dah dibuat pemurniaan kali pertama di Hotel Quality, KL..
Minggu lepas pun sepatutnya ana kena hadir Mesyuarat Pembinaan Modul B.Arab Tahun 6 kat Hotel Federal, KL tp ana tak dapat hadirkan diri sbb cuti zaujah bersalin..
Penggal kedua sekolah ni mmg la padat ngan mesyuarat, bengkel dan kursus..biasanya boleh bilang ngan jari la berapa hari berada kat sekolah dalam sebulan
Setelah seminggu bercuti (zaujah bersalin), dapat panggilan dari Us Wan kena hadir Mesyuarat Penulisan RPH B.Arab & Pembinaan Instrumen Bilik j-QAF Negeri Selangor 2009 dari 21-24 Jun 09 di Golden Straits Villa, Port Dickson..
Check in petang ahad..memandangkan baru tghari (ahad) ana tiba dari kampung,tak larat rasanya nak meneruskan perjalanan ke PD..kebetulan berat hati gak nak tinggalkan anak2 dlm keadaan zaujah masih awal dlm pantang..
Pagi Isnin, ana bertolak ke sana...fisrt time le kiranya bermesyuarat di GSV ni..tempatnya kira ok la..sunyi dan tak ramai pengunjung..mungkin kerana hari bekerja kot..dengar diorang citer, kalau hujung minggu atau hari cuti penuh gak tempat ni..bile tgk ada kolam mandi, teringat kat anak2, kalau diorang ada sama, tentu melompat sakan bila 'jumpa' kolam mandi...
Agak sudah terlalu lama ana tak menulis nukilan kat sini..dah lebih dari seminggu..semenjak balik kampung dan berada di sana, ana tak berpeluang untuk menulis..line broadband kat kampung amat slow dan merangkak2 bila nak bukak blog atau website..
Tambah plak semenjak zaujah ana selamat melahirkan seorang 'hero' pada hari sabtu 13/6/09, masa ana amat padat dan sendat..berulang alik ke hospital sementara menunggu zaujah ana dibenarkan keluar wad..hari selasa 16/6/09 baru dibenarkan keluar wad hospital kuala krai yg amat 'azab' ..lepas tu plak, anak ana pula kena tahan kat wad kerana 'kuning'...2 malam dok di hospital machang..pagi sabtu 20/6/09 baru keluar, itupun ana minta sbb pagi tu nak buat majlis bercukur dan selawat..malam ahad jam 1.00 pagi kami bertolak pulang ke Shah Alam...
Kelas ari ni dari jam 11.00 pg - 1.00 tghri.
Smlm ana bagi sedikit 'assgmnt' kpd students. Minta diorang terjemahkan al-hikam wal amsal (kata2 hikmah dan perumpaan)yg ana dh kasi dlm bahasa melayu, minta diorang translate kan dlm b.arab. Antaranya :
1- Bapa Borek Anak Rintik
2- Ada Udang di Sebalik Batu
3- Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali
4- Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua
5- melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya
Macam2 la jwpn yg dibuat oleh students..secara umumnya. kesemua jwpn2 mereka merupakan terjemahan perkataan demi perkataan (tarjamah kalimah bi kalimah)maka terhasillah antaranya : Maujud Al-Jambariyyu Wara aa hajar (ada udang di sebalik batu)..nak tergelak ana dibuatnya..tp ana gelak dlm hati aje laa..takut diorang kecik hati plak..slps masing2 presant jwpn mereka, ana pun kasi lah jwpn yg yg plg tepat dgn peribahasa tersebut...
Perbincangan seterusnya mengenai muwasoofat mudarris lughah arabiyah al-jayyid (ciri-ciri guru B.Arab yg baik)..Penerangan berbantukan power point krn modul blum dpt lagi..kelas ari ni lebih kepada 'santai'..ana bukak seluas2nya peluang kepada students utk bercakap, beri idea dsb.
Kelas berakhir jam 1.00 tgri..dlm perjalanan balik ke S.alm singgah makan tghri kat warung tepi jln di Kmpg Dato' Abu Bakar Baginda..ana tgk byk kereta parking kat situ..ana agak mesti mknn kat warung ni special punya..rupa2nya mmg special, mcm2 sup ada, sup tulang, sup kambing, sup daging, sup perut dll..rasanya mmg ok..sedapp..
Hujah TV9 : Hala Tuju Politik Kelantan
Panelis :
YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
YAB Dato’ Seri Adnan Yaakob, MB Pahang
Adnan Yaakob menyatakan bahawa Kelantan sebuah negeri yg mempunyai ramai ulama’. Beliau mengakui Tok Guru Nik Aziz sbg Tokoh Ulama’. Tambah beliau, personaliti Tok Guru sungguh mengkagumkan ramai org khasnya di Kelantan.
Memang diakui amat susah bagi seorang pemimpin Umno mahupun BN membuat pengakuan begitu..Walaupun saya percaya jauh di sudut hati setiap pemimpin Umno masing2 mengiktiraf ketokohan dan kehebatan Tok Guru sebagai seorang pemimpin dan ulama’.
Kelas ari ni dari jam 3.30 - 5.30 ptg..waktu yg amat 'kritikal' bg org yg mendengar..waktu yg susah nak bukak mata apatah lagi nak beri sepenuh tumpuan kpd lecture..mmg betul, jelas kelihatan 2-3 student yg agak moyok dan ta'ban seawal kelas belum bermula lagi..
Lecture dan discussion ptg ni berkisar ttg tajuk kitab madrasi(buku teks)dan lughatul fasl (bahasa kendalian kelas)..ana lebih byk minta respons dr student supaya diorang tak ngantuk..alhamdulillah, wlpun belajar pd waktu kritikal, penumpuan students dlm kelas tetap ok..sorang dua yg menguap tu biasa laa..
8.15 mlm...Ahad 7 Jun 2009..Bertolak pulang dari kampung ke Shah Alam..Ana menumpang kereta anak saudara, zaujah dan anak2 stay kat kpg..tak sampai hati nak ajak aisyah balik S.alam, dia nmpk seronok sgt dok kt kampung, 24 jam dok bermain ngan sepupu2nya espacially lala ...kbtln kereta anak buah ana tu kosong, so ana tumpang aje lah..seronok nmpk zaujah ana sbb dpt stay lg kt kmpg..mungkin baby ketiga yg sedang ditunggu2 ni lahir kat kampung.
Jam 12.00 mlm..singgah makan berdekatan petronas kechau...jam 4.30 pagi kami tiba di S.alam..alhamdulillah...
Semasa baru beredar dari ulu yam..tiba-tiba terdetik di hati nak balik kampung..kebetulan zaujah ana dari semalam lg asyik dok berangan nak balik kpg, tp masa tu ana wat cam takde respon jer..lgpun ana mmg dak tak plan nak balik..schedule ana spjg cuti ni mmg cukup padat..mcm2 benda yg kena buat..tp bile dok ingatkan yg jauh dlm sudut hati zaujah ana mmg dia teringin sangat nak balik kpg, ana dah jadi serba salah..hati dah berbelah bagi..so, tgh2 bawa kereta tu, ana ambil keputusan utk terus je balik kpg..lagipun ulu yam tu dah dekat ngan tol gombak..problemnya pula, pakaian utk dipakai kat kpg camne?..balik sehelai sepinggan aje lee..
Kebetulan kakak ipar ana pun call nak join skali utk balik kampung..kira cam konvoi laa..ana bawa kereta slow aje sambil2 tunggu kakak ipar ana sbb dia baru aje bertolak dari rumah..akhirnya kami bertemu di masjid raub sambil berhenti untuk solat asar..
Kereta kat jalan raya pd hari tu mmg banyak..tak putus2..macam nak balik raya pulak..yg tak tahan nye, time ada lori kat depan..keta pun bergerak mcm semut laa..bila dah lega dapat potong lori tu, boleh la pecut sket..tgk2 kat depan ada lori lain pulak..aisyeh..tension rasanya..sabar aje laa..
Pemanduan ana semalam amat melecehkan...selain kereta banyak kat jalanraya, badan pula mmg penat sgt2..maklumlah, sblm tu 2-3 jam dok berendam kat air terjun..mulut pun asyik menguap aje...ngantuk ler tuh..
Sekitar jam 11.00 mlm..kami singgah makan kat kedai makan area2 merapoh..bila panggil tokey kedai utk kira, belum ckp lg apa yg kami makan, dia dah cakap semuanya RM46 belum campur air dan makanan2 ringan lain lagi...amboiihh..cekik darah betul kedai ni..kira2 semua RM57..setakat makan 3 nasi berlauk (nasi+ayam shj) dan 4 nasi goreng biasa takkan sampai RM46 kot..kalau ikut purata, sepinggan nasi mencecah RM 6.50...fushhh..kayoo pakcik kalu bisnes camni..
Zaujah dan kakak ipar ana tak puas hati..minta tokey tu kira semula..bukan nak berkira tapi rasa mcm melampau sgt..diorang siap tanya satu persatu harga makanan tu..kakak ipar ana siap wat keluar kalkulator lagi sbb tokey tu kira pakai mulut je..ana biarkan diorang berdua aje yg buat kira2..org lelaki biasalah, malas nak 'kecoh2' benda2 camtu..akhirnya, zaujah ana cakap bila dah 2-3 kali kira semula, kesemuanya termasuk nasi, air, jajan, telor rebus dll RM 47...sepuluh ringgit kurang dari kiraan yg asal..
Ana terfikir sesekali elok jugak kita tanya detail harga setip makanan ngan peniaga kedai makan ni ..takdelah diorang kasi 'harga borong' je kat kite..kalau munasabah takpe gak, tp kalau harga 'sembelih' (meminjam istilah kawan ana)nmpk sgt diorang nak ambil kesempatan kpd org yg musafir..sepatutnya org yg musafir ni lah yg diorang kena bagi diskaun sbb diorang dalam masyaqqah tp kena jd mangsa tindas plak..tak patut sungguhh..susah2 nampak gayanya lain kali kena bawa bekal aje..he hee..
Jam 1 pagi kami selamat sampai ke kampung...ana bermalam di kampung zaujah di tanah merah..sebelum tidur, terbayang wajah arwah mak ana..semoga mak tenang berada di sisi Illahi..insyaAllah, anakanda akan pegi 'menziarahi' mak nanti..
Semalam kami sekeluarga pegi berkelah di air terjun ulu yam..kul 11 kami bertolak dari shah alam..rasanya dah lebih 2 tahun kami tidak ke sana..cuaca yang amat panas semenjak dua menjak ni membuatkan keinginan utk pegi mandi manda di air terjun yg sejuk dan segar amat membuak-buak..aiyah yg plg excited bile ana ckp nk pegi berkelah kat air terjun..wpun sblm ni dia berkali2 dok ajak ana pegi mandi di wet world, shah alam..compare antara air terjun dgn wet world, ternyata air segar semulajadi (air terjun) tak mampu ditandingi oleh air buatan spt wet world...
Mcm2 bekalan yg kami bawa, nasi goreng, nudget,keropok lekor, rojak dan beraneka jenis air...apa yg mengejutkan ana, kawasan perkelahan di ulu yam ni dh byk berubah..kebersihan persekitaran dijaga elok..tak mcm dulu2..sampah2 tak lagi berlonggok di sana sini..nmpknya kesedaran sivik di klgn pengunjung pun dh semakin meningkat..spjg ana mandi pun dah tak jumpa lagi pampers, plastik makanan, tuala wanita yg 'berenang' atau tersangkut pd ranting2 kayu...hrp2 berterusan macam ni...
Terlalu seronok sgt mandi, tak sedar rupa2nya dah pukul 3 ptg..kami salin pakaian, berkemas dan bersihkan kawasan tmpt kami berkelah..kul 3.30 kami bertolak pulang...oppssss!!! tiba2 aje niat kami berubah...(baca selanjutnya)
Hari kedua beri kuliah di IPGM KPI... kuliah dari jam 2.30 hingga 4.30 ptg..Macam semalam juga, student belum dpt modul lagi..nasib baik ana dah prepared power point utk kuliah ptg ni..ana mulakan dgn sesi sumbangsaran ttg keistimewaan BA. Kesemua jwpn student berlegar ttg BA sbg bahasa al-Quran, bahasa hadis, bahasa Rasulullah, bahasa ahli syurga dll..ana mmg dah agak..Ana nyatakan 5 keistimewaan BA :
1. Lughatul Muqaddasah Lada al-Muslimeen
2. Lughatul Isytiqaq
3. Lughatul I'rab
4. Si'atul al-lughah Wa Saraauha Wa Si'atu ad-Dilalah Fiha 'ala al-Ma'na
5. Diqqatu fi at-Ta'bir
Setiap keistimewaan2 tersebut ana sertakan contoh2nya sekali
Kuliah diteruskan dengan penerangan ttg manhaj ad-diraasi lil Lughah Arabiyah...Takrif dan perbezaan antara takrif konvensional dan temporari serta takrif yang menjadi pilihan..seterusnya, students didedahkan dengan sukatan pelajaran BA sekolah rendah, matlamat, objektif, kemahiran bahasa,tema, organisasi kandungan, Strategi P&P dan Penilaian...
Pgjrn agak terganggu krn LCD ada problem ..kejap2 offline..bukak balik, ok kejap, pas tu ter'off' secara automatik..tak pasti technical error kat mana..kesian kat sorang student yg ulang alik handle LCD yg pening tu..
4.38 - kuliah ke-2 berakhir... tp ana masih tak berganjak dari kelas..sbb nak emailkan sesuatu kat us wan yusof, JPS..
Balik kampung bukan lagi menjadi perkara yang sentiasa dinanti2 oleh ana skang ni..dulu setiap kali cuti skolah mmg tak pernah missed balik kpg..bahkan seminggu dua sblm cuti, fikiran dah dok melayang kt kpg,tak ingat lain lagi dah..anak2 pun hari2 dok tanya bile nak balik kpg....mmg diorang excited sgt2 time nak cuti sekolah...sbb seronok dpt jumpa MOK...
Kali ni pertama kali dlm sejarah smnjk ana jadi guru, kami sekeluarga tak balik kpg..pd ana, kpg sudah tak lagi bermakna pd diri ana... krn sesuatu yg plg bernilai bg ana kat kpg sudah tidak ada lagi...dulu ana amat teruja utk balik kpg sbb nak jumpa dan melepaskan rindu pd bonda tersayang...krn dialah ana takkan lepaskan peluang utk balik kpg bile ada aje cuti..tak kiralah cuti sekolah ke, cuti umum ke...mesti balik..
Kini, semua tinggal kenangan..Allah lebih menyayangi bonda...pada awal tahun ni, 8 Jan 2009, Bonda telah dijemput utk menemui Ilahi...pd ketika itu, ana merasakan ana sudah kehilangan segala2nya dlm hidup ana..kesemua yg ada didunia ini sudah tidak bernilai buat ana..hanya Bondalah segala2nya buat ana..Namun, ana redha dgn ketentuan Illahi..AL FATIHAH
Di kpg skrang sudah takde sesiapa lagi..adik2 beradik ana masing2 bertebaran mencari rezeki di merata negeri...So, apalah NILAINYA KPG pd ana skrg (?)
Kebetulan zaujah ana plak, tgh menunggu hari utk bersalin utk anak ketiga kami..kalau sblm ni mmg arwah Bonda yg akan menemani zaujah ana setiap kali dia nak bersalin..arwah bonda jgklah yg akan jaga anak kami dan zaujah ana spjg dlm pantang..tp kali ni, terpaksalah ana yg kena uruskan semuanya...
Seminggu sblm cuti skolah, Ustzh Aedah Zakaria, Ketua Jab. Bahasa Arab kat IPGM KPI plak yg call ana minta jd pensyarah sambilan kt sana dlm cuti ni..suruh ngajar BA...disbbkan kami dah plan tak blk kpg..so ana dgn rela hatinya terimalah jemputan tu...
Tu lah beberapa sebab utama kenapa pertama kali dlm sejarah, ana sekeluarga tak balik kpg pd cuti sekolah kali ini...
Hari pertama bertugas sebagai pensyarah sambilan di IPGM KPI yang dulunya dikenali dengan MPI, Bangi..Ana kena ngajar subjek Bahasa Arab untuk kelas KPLI j-QAF ambilan Jan 2009 kelas 1.11. Untuk interaksi bulan Jun ni, tajuk-tajuk yang perlu diajar ialah Kurikulum BA, Bahasa Pengendalian Kelas dan Ciri-ciri Guru-guru BA yang Baik..
Jam 8.10 pagi ana sampai kat IPGM MPI..Bila parking kereta, jumpa kawan-kawan lama masa kat Mesir dulu, Hanif dan Hazelaihi...sembang-sembang, rupa2nya ramai lagi kawan2 lain yang tengah kursus kat sini..
8.30 pagi - Kelas Pertama bermula..ada antara student yang ana pernah jumpa sebelum kat kursus BA. Terdapat 6 student lelaki dan tak silap ana ada 13 orang..semuanya 19 orang...Diorang bagitau yang modul belum dapat lagi..so camne nak ngajar (?) Kalau ana dok sorang2 berckp, students dgr aje, bosan lak nanti..
Sbg mukaddimah, kami bertaaruf terlebih dahulu..majoritinya fresh graduate..ramai gak yang baru grad tahun lepas, terus tahun ni dapat jadi guru j-QAF..beruntung entum semua..zaman ana tamat belajar, bukan main susah lagi nak dapat kerja kerajaan..Nak kerja kat sekolah swasta pun kena fight...
Habis Taaruf, ana mulakan dengan pengenalan Bahasa Arab (BA), sejarah BA, Khilaf2 Ulama' Lughah ttg BA.. then ana bagi tadribat sikit, sbb ana tau diorang ni dh lama tak menulis...biasalah bila bagi latihan ni, ramai la kalau boleh cuba nak ngelak...
Tapi bila ana bagitau yg ia takde melibatkan pemberian markah, barulah masing2 nampak lega..:))
Secara umumnya, kelas ari ni berlangsung dlm suasana happy dan harmonis laa...ini pdgn ana la, apa persepsi student ttg pgjran ana, itu ana tak pasti. Cuma satu je yg menyebabkan ana kurang selesa, panass...panass..berpeluh ana dibuat..sampai basah baju ana..jelas kelihatan kebasahannya..hehee..kelas ni takde air cond, kipas plak tak kena pd ana..kurang kondusif sikit la kelas ni..tapi takpe, demi nak berkongsi ilmu, itu small matter aje..yg penting semangat dan iltizam perlu tinggi.