Hari pertama bertugas sebagai pensyarah sambilan di IPGM KPI yang dulunya dikenali dengan MPI, Bangi..Ana kena ngajar subjek Bahasa Arab untuk kelas KPLI j-QAF ambilan Jan 2009 kelas 1.11. Untuk interaksi bulan Jun ni, tajuk-tajuk yang perlu diajar ialah Kurikulum BA, Bahasa Pengendalian Kelas dan Ciri-ciri Guru-guru BA yang Baik..

Jam 8.10 pagi ana sampai kat IPGM MPI..Bila parking kereta, jumpa kawan-kawan lama masa kat Mesir dulu, Hanif dan Hazelaihi...sembang-sembang, rupa2nya ramai lagi kawan2 lain yang tengah kursus kat sini..

8.30 pagi - Kelas Pertama bermula..ada antara student yang ana pernah jumpa sebelum kat kursus BA. Terdapat 6 student lelaki dan tak silap ana ada 13 orang..semuanya 19 orang...Diorang bagitau yang modul belum dapat lagi..so camne nak ngajar (?) Kalau ana dok sorang2 berckp, students dgr aje, bosan lak nanti..

Sbg mukaddimah, kami bertaaruf terlebih dahulu..majoritinya fresh graduate..ramai gak yang baru grad tahun lepas, terus tahun ni dapat jadi guru j-QAF..beruntung entum semua..zaman ana tamat belajar, bukan main susah lagi nak dapat kerja kerajaan..Nak kerja kat sekolah swasta pun kena fight...

Habis Taaruf, ana mulakan dengan pengenalan Bahasa Arab (BA), sejarah BA, Khilaf2 Ulama' Lughah ttg BA.. then ana bagi tadribat sikit, sbb ana tau diorang ni dh lama tak menulis...biasalah bila bagi latihan ni, ramai la kalau boleh cuba nak ngelak...
Tapi bila ana bagitau yg ia takde melibatkan pemberian markah, barulah masing2 nampak lega..:))

Secara umumnya, kelas ari ni berlangsung dlm suasana happy dan harmonis laa...ini pdgn ana la, apa persepsi student ttg pgjran ana, itu ana tak pasti. Cuma satu je yg menyebabkan ana kurang selesa, panass...panass..berpeluh ana dibuat..sampai basah baju ana..jelas kelihatan kebasahannya..hehee..kelas ni takde air cond, kipas plak tak kena pd ana..kurang kondusif sikit la kelas ni..tapi takpe, demi nak berkongsi ilmu, itu small matter aje..yg penting semangat dan iltizam perlu tinggi.

0 Pandangan: