Lautan Manusia Bersama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di dataran Tahrir
Ditulis Oleh Zubaidi Sulaiman Jam 1:08 PGTAHNIAH WEE SOO YEN, TOKOH MAAL HIJRAH (LEPASAN j-QAF KE NI??)
Ditulis Oleh Zubaidi Sulaiman Jam 5:31 PTG
Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu)

myMetroZainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006. Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.
Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.
Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi. Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata. Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.
Ana mendapat seorang sahabat baru semasa kami sama-sama menghadiri taklimat buku teks di DBP... Sahabat baru ana ni (Jais namanya) seorang guru yg menghadapi mslh penglihatan..Namun kekurangan itu tidak menghalang sahabat ini utk berjaya hingga beroleh Ijazah Sarjana Muda dari Uni. Malaya. Sudah lama mengajar di sebuah sekolah di Sentul...berulang alik dari rumah ke sekolah dengan mcm2 kepayahan...Apa yang lebih membanggakan, beliau merupakan penulis buku teks ICT untuk golongan cacat penglihatan.Byk cerita yang beliau kongsikan....hebat..anda memang hebat...Ana sendiri tidak pasti di mana kedudukan ana skrg ini jika ditakdirkan lahir dalam kekurangan seperti beliau...tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Kuasa...seharusnya org yg dilahirkan sempurna seperti kita perlu sentiasa bersyukur dan terus bersyukur





