"Dalam negara kita terdapat penduduk berbilang agama, kalau 100 peratus Islam, tak mengapalah. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata hudud hendak dilaksanakan untuk orang Islam sahaja.
"Jadi apabila dua orang mencuri, seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan Islam, yang seorang potong tangan (dan) yang seorang lagi masuk penjara. Adilkah itu?
"Barang kali bagi Nik Abdul Aziz adil, bagi saya tak adillah. Sama-samalah kalau potong tangan, potong tangan. Kalau nak masuk dalam jel, masuk jel sama-sama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kedah Siri 2 Dewan Wawasan Jitra di sini hari ini - Utusan 3 Otober 2011
* Hukum potong tangan brutal dan tak adil pada rakyat Malaysia.
* Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol.
* Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya.
* Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan.
* Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol.
* Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.
Semua yang tersebut di atas adalah alasan kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas di Kelantan mengikut pemahaman Zainah Anwar dari Sister In islam yang merupakan organisasi yang sejak dulu giat membantah perlaksanaan hukum tersebut yang dilihatnya amat pincang dan tidak sesuai untuk rakyat Malaysia.
* Kalau tak faham, dok diam2 sudah la...bile bercakap, nampak sangat kejahilan dan kebodohan kamu tu..
WarkahDaily – Amatlah malu sebuah badan dakwah Islam yang sudah tentu amat arif tentang selok-belok agama Islam dan boleh dikatakan pakar berkaitan Islam, tetapi apa yang realitinya, mereka ini seolah-olah sudah tertawan dengan sedikit habuan dunia yang sudah diberi amaran oleh Allah di dalam Al-Quran tentang orang yang sanggup menukar agama Allah dengan sedikit habuan dunia.
Kerana pangkat dan kedudukan, mereka ini sanggup menidakkan apa yang telah diturunkan oleh Allah dengan erti kata yang lain, cuba mencari helah untuk mengubah apa yang sudah ditentukan Allah, semata-mata mahu mengambil hati (ampu) para pemimpin yang terdiri dari kalangan yang jahil bab agama.
Beberapa hari yang lepas, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Aziz Jamaluddin Mhd Tahir (gambar) telah menyatakan, masyarakat Islam hanya membantah hukum Hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah dan bukannya ‘menentang hukum hudud yang sebenar.’
Kenapa baru sekarang Aziz mendakwa sedemikian? Apakah beliau baru sahaja tamat belajar atau baru sahaja kenal tentang Islam dan selok belok hukum-hukum Allah? Di mana Yadim sebelum ini, ketika kerajaan Kelantan membuat draf Hudud sejak 20 tahun dahulu?
Kenapa tidak disebut atau memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan ketika itu supaya membuat draf Hudud berdasarkan ‘Hudud yang sebenar’ seperti yang didakwa oleh Aziz?
Apakah selama ini, Yadim sekadar makan gaji buta, sekadar goyang kaki tunggu gaji bulanan masuk akaun tanpa mempedulikan masalah umat ketika itu. Padahal ketika itu, Hudud begitu popular diperbincangkan sehingga ada yang ingin menyaman kerajaan Kelantan kerana Hudud, ada yang memperlekeh Hudud, ada yang mahu ambil tindakan terhadap Kelantan jika laksana Hudud.
Kenapa Yadim tidak pula timbulkan ‘Hudud sebenar’ yang didakwa Aziz tu ketika ramai sedang membincangkan pasal Hudud sedikit masa dulu. Kenapa perlu tunggu hari ini? Dah berapa ramai dah manusia yang mengaku Islam yang sudah memperlekeh, mempermain dan mempersenda hukum Allah itu kerana lembabnya Yadim.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Aziz itu kerana seolah-olah beliau cuba menuduh PAS yang mencipta Hudud, bukannya ia datang daripada hukum Islam.
Dipetik dari Harakahdaily, DPPM mencabar Aziz untuk membuktikan Hudud yang sebenar seperti yang didakwa.
“Jika demikian, DPPM mencabar Aziz untuk membuktikan apakah Hudud yang sebenarnya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor sebagai respons kepada kenyataan Aziz.
DPPM juga, ujarnya mempersoalkan di manakah bahagian dalam hukuman Hudud yang direka oleh PAS dan di bahagian manakah yang datangnya dari perintah Allah SWT.
“Jika PAS memperjuangkan Hudud untuk kepentingan politik semata-mata, mengapa tidak ada pihak lain seperti Umno memperjuangkan syariat Islam yang sebenar-benarnya?” tanya Riduan.
Beliau juga mempersoalkan mengapa Yadim sendiri tidak turut menyuarakan pentingnya Hudud serta syariat Islam dalam menyelesaikan masalah sosial dalam negara.
Katanya, Aziz Jamaluddin perlu ingat bahawa Hudud adalah syariat Islam yang telah lama termaktub dalam al-Quran dan Hadis.
PAS, jelasnya hanya membawa kembali syariat Islam yang telah dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW ke zaman ini.
Tambahnya, umat Islam di zaman sekarang telah lama melupai bahawa Hudud serta syariat Islam pernah dilaksanakan dan Hudud adalah penyelesaian terhadap masalah sosial yang berlaku sekarang.
Sepatutnya, kata Riduan Yadim sebagai organisasi dakwah perlu menerangkan kepada umat Islam tentang syariat Islam yang sebenar.
Menurutnya, umat Islam tidak harus dibiarkan dalam keadaan jahil terhadap syariat agamanya.
“Yadim tidak harus berdiam diri dalam isu ini, sebaliknya perlu membela golongan yang mahu melaksanakannya. Berdosa besar hukumnya bagi sesiapa yang menolak hukum Allah dilaksanakan, apatah lagi bagi mereka yang berilmu seperti YDP Yadim,” katanya.
Justeru, ujarnya DPPM mengingatkan Aziz agar berhati-hati dalam mengeluarkan ucapan.
Menurutnya, menuduh PAS sebagai parti yang ‘gilakan kuasa memerintah’ dengan bahasa kiasan boleh mengguris ribuan penyokong PAS yang ramainya terdiri daripada golongan alim ulama.
“PAS sanggup hilang kuasa demi Islam, sanggup kalah juga demi islam, tetapi PAS tidak sanggup menggadaikan Islam demi kepentingan politik sempit bagi meraih kemenangan dunia yang seketika!” tegasnya.
Bagi Yadim sebagai badan dakwah, amatlah malang mempunyai seorang ketua yang begitu kontra dan jijik dengan hukum Islam.
Orang tahu bahawa Amerika Serikat adalah negara terkaya dunia, diikuti China, Jepun dan lainnya. Hal ini dihitung berdasarkan indikator ekonomi Nominal PDB (Pendapatan Domestik Bruto), PNB (Pendapatan Nasional Bruto) dan banyak lagi.
Tetapi tidak banyak yang tahu tentang negara-negara terkaya berdasarkan PDB per Kapita, yaitu nilai barang dan jasa yang dihasilkan oleh rata-rata penduduk negara itu.
Berikut peringkat kekayaan negara berdasarkan Produk Domestik Bruto (GDP) per kapita. Semua angka-angka dihitung menggunakan paritas daya beli (PPP) Bank Dunia.
10. Austria
Austria adalah negara pada urutan kesepuluh dalam daftar negara terkaya, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39,711. Negara dimana permen dengan merek dagang PEZ ini ditemukan, memiliki populasi sebesar 8,41 juta, dengan sebagian besar berbahasa Jerman. Adapun industri utama Austria adalah konstruksi, makanan, dan logam.
9. Irlandia
Irlandia berada di posisi kesembilan, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4,58 juta orang ini menggantungkan ekonominya pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.
8. Belanda
Dengan PDB per kapita mencapai US$ 42.447, Belanda menempati posisi kedelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenal untuk tingkat pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16,68 juta. Adapun industri utamanya mencakup pertanian, logam, dan produk rekayasa.
7. Swiss
Meskipun dunia mengenal Swiss dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan coklatnya lezat, Swiss sebenarnya adalah negara yang bagus bagi investor. Mereka mengklaim PDB per kapita mencapai US$ 46.424 dengan jumlah penduduk 7,86 juta orang. Adapun perekonomian Swiss didasarkan pada industri pariwisata, mesin, dan bahan kimia.
6. Amerika Serikat
Amerika Serikat menempati posisi keenam negara terkaya dengan PDB per kapita US$ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan populasi lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya meliputi minyak bumi, baja, dan kendaraan bermotor.
5. Singapura
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berhasil masuk daftar ini adalah Singapura, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. Adapun industri utamanya mencakup elektronik, kimia, dan jasa keuangan.
4. Norwegia
Sedangkan di posisi keempat negara terkaya adalah Norwegia, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.920. Kerajaan Norwegia adalah salah satu dari beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategis ekonomi ini, memiliki minyak bumi dan gas alam, dan pengolahan yang bagus.
3. Uni Emirat Arab
Uni Emirat Arab dengan PDB per kapita sebesar US$ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang memiliki Dubai Mall, pusat perbelanjaan terbesar dunia ini, terdiri dari tujuh emirat dan diatur oleh presiden. Uni Emirat Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.
2. Luksemburg
Di posisi kedua adalah Luksemburg, dengan PDB per kapita US$ 89.562. Meskipun merupakan negara Eropa yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luksemburg memiliki bahasa sendiri yaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Prancis dan Jerman. Penduduk disini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, jasa keuangan, besi dan baja.
1.Qatar
Adapun negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan PDB adalah Qatar, dengan PDB mencapai US$ 91.379 per kapita. Negara penyelenggara Piala Dunia pada 2022 mendatang ini memiliki populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, produksi minyak mentah dan penyulingan memainkan peran besar bagi pendapatan negara ini.[businessinsider]