Rasa bijak sangat ler tu


"Dalam negara kita terdapat penduduk berbilang agama, kalau 100 peratus Islam, tak mengapalah. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata hudud hendak dilaksanakan untuk orang Islam sahaja.

"Jadi apabila dua orang mencuri, seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan Islam, yang seorang potong tangan (dan) yang seorang lagi masuk penjara. Adilkah itu?

"Barang kali bagi Nik Abdul Aziz adil, bagi saya tak adillah. Sama-samalah kalau potong tangan, potong tangan. Kalau nak masuk dalam jel, masuk jel sama-sama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kedah Siri 2 Dewan Wawasan Jitra di sini hari ini - Utusan 3 Otober 2011

0 Pandangan: