Jalanraya Bukan Untuk Upacara Agama


Dipetik drp http://drmaza.com pada Feb 17, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

Rentetan daripada isu perarakan Maulidur Rasul yang timbul baru-baru ini, maka saya dengan ini mencadangkan agar semua agama tidak benarkan menggunakan jalanraya untuk sebarang upacara keagamaan sehingga mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;

a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin.
Bukit Mertajam, S. Perai Pulau Pinang
17 Feb 2010

p/s : ana setuju dgn pdgn dr maza ni..realistik dan menepati kehendak Islam yg amat menitik beratkan keselesaan dan perasaan org lain..

Mesyuarat JPD B.Arab Daerah Klang Kali Per-1 2010

Bertempat di SK Taman Klang Utama (Sekolah ana ler tu), mesyuarat JPD B.Arab daerah klang dijalankan bermula jam 2.30 ptg dan berakhir bbrp minit sblm jam 5.00 ptg..drpd 52 buah sekolah yang sepatutnya hadir, namun bbrp sekolah nampaknya tidak menghantar wakil..

Untuk sesi 2010-2011 ni, sekolah ana dipilih menjadi pengerusi utk JPD BA ni..secara automatiknya ana kena jadi setiausaha lah..w/pun bermula tahun lps, ana dah berhasrat utk tidak terlibat secara aktif dgn program PPD..bukan merajuk atau jual mahal tetapi utk menumpukkan kepada program di jabatan dan kementerian..kesian kat murid2, kerap sgt takde kat sekolah. Program kat JPS dan KPM pun kdg2 tak terkejar..kalau ditambah plak ngan program PPD, takut nanti dah tak 'ingat' jalan nak pegi skolah plak. lagipun kat PPD ramai org lain yg hebat2 dan boleh buat kerja..

Berbalik ttg mesyuarat JPD b.Arab td, antara agenda mesyuarat yg berlansung ialah :
1. Laporan Aktiviti JPD BA tahun 2009.
2. Perlantikan Biro / AJK Sesi 2010-2011.
3. Pembentangan Aktiviti JPD BA untuk tahun 2010.

Berikut senarai AJK / Biro yang dilantik untuk sesi 2010-2011 :
Pengerusi : SK Taman Klang Utama
Naib Pengerusi : SK Meru
Setiusaha : Zubaidi Sulaiman, SK Taman Klang Utama

Ketua Biro :
Biro Perkembangan Staf : SK (1)Simpang 5
Biro Kebajikan & Lawatan : SK Johan Setia
Biro Penggubalan Soalan : SK Sungai Serdang
Biro Pertandingan : SK Kampung Idaman
Biro ICT : SK Jalan Kebun

Manakala antara aktiviti yang dirancang utk tahun 2010 ialah :
1. Kursus Perkembangan Staf 1(Strategi P&P)(Mac)
2. Kursus Perkembangan Staf 2(Teknik Penggubalan Soalan (Mac)
3. Pertandingan Muhawarah berdasarkan situasi (April)
4. Lawatan ke Pusat Bahasa Arab, UIAM
5. Penggubalan Soalan BA peringkat daerah

Tahniah kepada semua AJK yang dipilih..semoga kita semua dapat bersama2 mengembleng tenaga utk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang..seterusnya sentiasa beriltizam utk meningkatkan kualiti bahasa Arab bukan sekadar kualiti murid dan p&P shj bahkan apa yg lebih penting utk membina guru bahasa Arab yg berkualiti.Kepada semua ahli JPD BA. sokongan anda semua amatlah diharapkan..


Pendaftaran Ahli Mesyuarat


Ucapan dari wakil PPD


Ahli mesyuarat yang hadir


Us Fadli Bin Asmuin,
Penyelia Pendidikan Islam PPD Klang
menggantikan Us Syed Sharifuddin yang berpindah ke JPS


Us Ghazali Bin Tohir
Penyelia j-QAF


Sesi Minum Petang sebelum bersurai...syukran 'ala hudurikum