Selamat datang ke dunia Islam..anda telah membuat pilihan paling tepat

Alhamdulillah, selepas solat isyak tadi saya telah diberi kepercayaan oleh Nazir dan Imam di sebuah masjid di Shah Alam untuk mengislamkan seorang penganut Kristian dari Sabah. Masih bujang dan berusia 22 tahun. Terlebih dahulu, saya mengambil peluang untuk menceritakan tentang keindahan Islam serta kehebatannya. Sahabat baru ni mendengar dengan teliti setiap patah yang saya tuturkan. Selepas itu, saya memberi peluang kepadanya untuk bertanya apa saja yang ingin diketahuinya tentang Islam.

Setelah selesai sesi briefing dan soal jawab, saya mengajarkan kalimah syahadah kepada beliau serta pengertiannya. Akhirnya beliau dengan sepenuh hatinya mengucapkan أشهد أن لا أله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله . Saya berasa sungguh terharu, bangga dan bersyukur kepada Allah atas hidayah yang diberikan kepada saudara baru ini. Beliau memilih nama Iskandar. Semoga Allah memberi kekuatan dan memelihara beliau dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya. Selamat datang ke dunia Islam. Anda telah membuat pilihan yang paling tepat dalam hidup anda. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. MABRUK..