Bahtera Nabi Nuh ditemui


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Contoh Penulisan Refleksi & Impak P&P B.Arab









Gambar Menarik Dua Ulama' Besar

Guru j-QAF campur aduk politik ketika mengajar (??)

Adun UMNO-BN (Tepoh) menyebut dalam sidang DUN Terengganu bahawa terdapat segelintir guru pengajian Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di negeri itu mencampuradukkan soal politik dalam pengajaran mereka dengan memburukkan pemimpin negara pada kalangan murid. Katanya lagi : “perkara itu mungkin berpunca daripada pengambilan guru j-QAF yang tidak melalui saringan menyebabkan ada lulusan agama yang menyokong fahaman parti pembangkang turut diterima”

** Sukar dipastikan samada tuduhan ni betul atau sekadar fitnah utk memburukkan guru j-QAF. Mungkin ada tp rasanya kbykn guru j-QAF masih dpt membezakan antara medan utk mengajar dan berpolitik..wallahu a'lam..

'Pemergian' yang dirasai..

Antara teman-teman rapat j-QAF yang berpindah ke luar daerah dan negeri..

Hamidi..gandingan mantap di Klang..selalu bersama di program JPS..prinsip kami sama, 'Kerja mesti smart dan tip-top'..tak gitu Di..wpun jarak antara Desa Putra ke Klang tak jauh sgt, namun terasa mcm Midi berada di Sarawak jer...lama tak jumpaaa...susah nak cari org yg boleh wat kerja mcm Midi..


Yusri..Berpindah dr SK Pulau Indah ke SK Assunta, PJ..w/pun tiada lg kat Klang, tp alhamdulillah selalu jumpa kat program BPK..


Najib..Sekian lama PJJ dgn isteri..akhirnya hasrat balik Ganu Kite termakbul


Zulkifli..byk kenangan lucu spjg berkwn dgnnya...Perpindahannya ke Besut (jiran Kelantan) amat mengejutkan..kabarnya direct jumpa Dato' Sri Hishamuddin


Badli, kawan paling rapat di SKTKU dan UM..amat terasa 'kehilangannya'...xde lagi kawan yg byk berkongsi kerja kt SKTKU..

Kursus Kaedah P&P B. Arab Daerah Klang


Alhamdulillah, dgn izin Allah Kursus Kaedah P&P B. Arab utk guru2 b. arab daerah Klang berlangsung dgn jayanya..selaku penyelaras program, ana sgt gembira dan bersyukur w/pun badan penat tak berperi krn bbrp hari membuat persiapan utk menjayakan kursus tersebut..

Kehadiran guru pun amat memberangsangkan..hanya 2 buah sekolah shj yg tidak menghantar wakil ke kursus t'sebut..Antara slot pengisian kursus tersebut ialah :
1. Teknik Pengajarn Mufradat dan Bahasa Pengendalian Kelas yg disampaikan oleh ana sendiri.
2. Teknik pengajarn Kemahiran Berbahasa oleh Us Zairi
3. Permainan Bahasa oleh Us Afandie
4. Ceramah Motivasi jutawan dunia akhirat oleh Us Ahmad Zamri, JPs

Mohon maaf kpd semua peserta atas segala kelemahan dan kekurangan spjg kursus tersebut b'lngsung..InsyaAllah kita sama2 membuat penambahbaikan utk masa2 akan dtg.


Panorama Semasa Kursus

Ucapan pembukaan Tn Hj Zohan, Ketua Unit P.Islam PPD Klang..syukran krn sudi menjenguk kami..


Barisan jurulatih dan urusetia..syukran jazilan 'ala husni khidmatikum


Penyampaian ana agak laju sket krn masa amat terhad..lain kali kena buat kursus 3 hari baru cukup


Ishkk..sampai garu kepala sahabat kita tu..susah sgt ke Tamrin yg ana kasi tu


Peserta wanita nampaknya lebih responsif b'banding peserta lelaki spjg kursus berlangsung..mungkin lelaki segan kot sbb mereka minoriti


Sesi makan tengahari..maaf sbb makanan ala kadar jer..musim bajet katakan


W'pun slot ni sebelah ptg, namun us Afandie berjaya menyegarkan mata semua peserta


Ceramah Us Zamri yg memukau para peserta

Penulisan Impak / Refleksi

Terima kasih pada sahabat2 yang tak jemu2 contact ana dan minta supaya ana uploadkn contoh2 penulisan impak / refleksi serta penulisan RPH yang ana bentangkan masa Kursus Kaedah P&P BA utk guru2 b.Arab daerah Klang baru2 ni..Mohon maaf sbb terlewat uploadkan..
Sahabat2 boleh download dlm ruangan bahan2 P&P Bahasa Arab kat sini..Syukran