Bila Sesama Imam Tidak Sepakat



Pagi tadi ana menyampaikan kuliah subuh bulanan di salah sebuah masjid di Puchong..salah sebuah masjid yang bagi ana jemaahnya amat mesra dan ajk masjid yang begitu prihatin..kehadiran jemaah untuk mendengar kuliah akidah pada setiap pagi ahad minggu kedua itu tidak pernah mengecewakan..keadaan demikian menyebabkan ana sentiasa bersemangat untuk terus berkongsi ilmu di sana...

Ana cukup berbangga dengan Imam 1 masjid berkenaan..Orangnya warak dan tawadhu. Walaupun alim dan sudah lama menjadi Imam, namun beliau merupakan pengikut setia kuliah ana..beliau antara yang mengadap atau duduk paling hampir dengan ana..Beliau tidak pernah lekang bersama kitab Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah setiap kali kuliah..Jarang sekali kita melihat seorang Imam yang sanggup 'merendahkan statusnya' sebagai seorang Imam dan pakar rujuk untuk menadah kitab dengan orang lain..Inilah antara contoh pemimpin yang hebat dan peribadi yang boleh dijadikan contoh..

Nazir yang baru dilantik juga (sebelum ni hanya ajk biasa saja) amat hebat orangnya..Melihat gaya dan perwatakannya serta sifat merendah diri yang ada padanya, anda tentu tidak menyangka yang beliau adalah seorang pegawai tinggi tentera..bukan calang2 pangkat tapi Kolenal..Berbanding dengan Nazir sebelum ini yang amat2 jarang kelihatan di masjid, tuan Kolenal ini adalah pengunjung tegar masjid dan amat layak memegang jawatan tersebut..

Selepas habis kuliah , macam biasa disediakan minum pagi utk semua jemaah yang hadir...macam2 topik yang keluar sepanjang tempoh minum pagi itu..antara tentang saf pimpinan baru masjid..ana bersyukur kerana dalam saf baru yang dilantik, tiada lagi ajk2 yang bukan 'ahli masjid'..

Tatkala melangkah keluar dari masjid, seorang jemaah yang agak rapat dgn ana dan selalu bertemu di masjid mempelawa ana ke rumahnya..Pada mulanya ana menolak kerana ana perlu pulang cepat ke rumah, namun setelah beliau offer beberapa ubat tradisional utk rawatan 'kuning' utk anak ana, akhirnya ana terima jua pelawaan beliau..

Tiba di rumah beliau, topik mula2 yang keluar ialah tentang pemilihan Ajk masjid yang baru beberapa minggu diadakan..Rupa2nya beliau telah terpilih sebagai Imam 1 di masjid itu..Imam 1 yang lama dilantik sebagai Imam 2 kerana dah lebih umur (syarat Imam tak lebih umur 60 tahun)..

Isi perbualannya menjadi panas..beliau beritahu yang ramai org kanan masjid cuba mensabotaj beliau supaya beliau tak terlantik sebagai Imam..termasuklah katanya Imam 1(lama) sendiri yang 'enggan' melepaskan jawatan tersebut meskipun dari sudut syarat penjawatannya, beliau sudah tidak layak..mcm2 la yg diceritakan oleh beliau tentang 'taktik2 kotor' yang dibuat oleh org2 masjid yg tidak menyokongnya..hingga akhirnya beliau beberapa minggu 'memulaukan' masjid wlpun selepas dilantik sbg Imam kerana kecewa dgn keadaan yg berlaku...Beliau juga bagitau yg hubungannya dgn Imam 2 skrang (dulu Imam 1) agak dingin...Sepanjang perbualan ana dgn Imam 1 yg baru ni, ana dapati dalam banyak perkara beliau tidak sependapat dan sepakat dengan Imam 2 (bekas Imam 1)..dari sudut pendekatan, cara berfikir dan hala tuju agak bercanggah antara keduanya..

Sepanjang memandu kereta utk pulang ke rumah, fikiran ana tertumpu kepada hubungan panas antara pimpinan2 masjid tadi..apa yg ana dapat simpulkan, bagaimana kita hendak menjadikan masjid lebih makmur dan menggalakkan lebih ramai jemaah hadir di masjid selain menjadikannya tempat utk memperkukuhkan persaudaraan dan silaturrahim jika sekiranya antara Imam2 sendiri tidak sepakat dan saling berprasangka..(????)..

Semuanya mungkin berpunca krn 'melayan' nafsu ammarah..namun ana hanya mendengar cerita sebelah pihak, situasi sebenarnya wallahu 'allam..mungkin juga citer2 begini sesaje disensasikan.. tapi ana tak bercadang pun utk mengorek citer sblh pihak lagi apatah lagi nak jadi org tengah..kesemua mereka adalah org2 yg berilmu dan bijak..nasihat ana apa2 tindakan dan cara berfikir mesti berlandaskan ilmu dan kebijaksanaan..Jangan biarkan org2 awam yg melihat perbuatan org2 alim dan menghukumnya sbg sesuatu yg 'lawak'..akhirnya mereka akan terus mempelekehkan org2 agama dan menganggap agama itu sendiri sbg sesuatu yg lawak krn pendokong2 agama sendiri hanya layak digelar pelawak.. wal 'iya zu billah..

0 Pandangan: