Semalam, ana berpeluang utk kali ke 3 berkunjung ke pesta buku S'gor yg diadakan kat kompleks PKNS Shah Alam..jaraknya tak sampai pun 4 KM dari rumah..Semakin menuju ke penghujungnya, pengunjung pun nampaknya semakin lengang..Kalau nak compare ngan tahun lepas, tahun ni pengunjungnya agak berkurangan..mungkin kerana kurangnya booth yg menawarkan diskaun yg menarik...
Disbbkan pesta buku tahun ni awal2 lagi diuar2kan dan mcm2 banner digantung kat bandaraya Shah Alam ni mmbolehkan ana awal2 lagi spend budget utk berbelanja buku2 kat sana..takdelah budget byk sgt, sekitar RM 500 jer..Sbnrnya 5 ratus bukanlah jumlah yg besar dan 'selesa' utk beli buku...
Sepanjang 3 kali berkunjung ke sana, ternyata bajet dah lari...bila dicampur bil2, jumlahnya RM800++...tapi shopping lebih utk buku takpe..kira aset kekal gak tu..manfaat yg diperolehi jauh lebih besar nilainya dari apa yg dibelanjakan... Yg penting jgn biarkan ia terperap kat rak tanpa disentuh..
Pada kawan2 yg belum b'kesempatan pegi ke sana..masih ada masa lagi...last day pd hari ahad 2/8/09 nanti..
Antara buku2 yg dibeli....
Antara koleksi buku kesayangan...
Di sesetengah tempat, mcm kat tempat ana, seksyen 11, shah alam, kita seringkali diganggu oleh para peminta sedekah ketika sedang syok minum atau bersembang di warung, restoran atau kedai mamak, Mcm2 cara dan penampilan yg ditunjukkan, ada yg buta, cacat anggota, ada yg tunjukkan surat doktor dll..ada juga yg meminta derma kononnya utk anak yatim,surau, badan2 kebajikan dan mcm2 lagi lah..Kita bukannya nak su'uzzon (bersangka buruk) dgn mereka2 ni, tp dah byk kes2 yg kita dgr yg kebanyakan mereka adalah penipu dan menyalahgunakan derma yg diberi..
Ana sekeluarga antara yg sering minum dan bersantai di restoran mamak 'Darul Ehsan' di seksyen 11.. Kat situ merupakan tempat yg sering dikunjungi oleh peminta sedekah..kalau anda berada disitu antara 30-40 minit, biasanya tak kurang 2 atau 3 peminta sedekah akan menyapa anda...Kebanyakannya adalah peminta tegar...org yg sama tiap2 hari..Muka mereka mmg familiar...dgr suara pun dah tahu siapa orgnya..Antara mereka ada seorang yg buta yg dipimpin oleh seseorang (maybe kawan atau family terdekat)...Tiap2 mlm dia akan bergerak dari satu restoran ke satu restoran..
Satu malam, ana sekuarga makan di sebuah restoran mamak yg lain kat seksyen 9...
Sebelah restoran tu ada sebuah kedai western food yg agak eksklusif...Ana pun tak pernah masuk kat situ..Ketika melalui restoran western food tu, ana terkejut krn antara pengunjung yg sdg menikmati hidangan ala-mewah tu adalah peminta sedekah buta yg ana sebutkan td...Sambil minum fresh oren, dia menyedut asap rokok dunhill dan menghembuskan ke udara...fuhhh..mewah nampakk...Selesai makan, mereka keluar dan menuju ke sebuah kereta Wira..lelaki yg jd guider tu lah yg pandu kereta ..tak sangka, lelaki yg siang malam mengiringi peminta sedekah tadi rupa2nya mampu memiliki kereta Wira (kalau telahan ana ni benar..wallahuallam)..
Satu lagi kes berlaku di depan kawan ana...dia juga didatangi oleh peminta sedekah ketika minum..slps minum, anaknya mengajak utk pegi main game kat kedai area2 situ gak lah..alangkah terkejutnya dia, bile tengok peminta sedekah tadi tgh 'ghairah' main game kat situ..rupa2nya minta sedekah utk pi main game...haram sungguhh..:))
Ada juga yg memungut derma dari rumah ke rumah...Ana pernah didatangi oleh seorang 'lebai' (berserban dan berbaju melayu) datang jauh dari Kelantan untuk minta derma bagi pembinaan sebuah masjid di sana..Dia siap tunjukkan surat pengesahan dari Majlis Agama Islam Kelantan dan resit yg diberikan pun agak meyakinkan, siap dgn cop dan nombor siri..Dia beritahu masjid tersebut sudah dalam pembinaan tp baru 20% progress..Dia siap tunjuk gambar2 masjid yg dlm pembinaan tu..
Beberapa minggu lepas tu, ana sekeluarga balik kampung (kelantan) dan kebetulan menghadiri kenduri di satu tempat yg sama dgn alamat masjid yg sedang dibinakan tu..Setelah ana bersembang dgn penduduk kampung yg berada di majlis kenduri tu dan bertanya pasal masjid yg ana ada bagi derma tu? semuanya tak tahu menahu..Malah diorang kata, masjid yg sedia ada pun dah cukup besar, tu pun tak sampai 1 saf jemaah yg datang, buat apa nak tambah masjid lagi...aikk...ke ana silap alamat..oh yaa...resit tu ana ada simpan dlm kereta..ana lantas menuju ke kereta dan ambik resit tu dan tunjukkan pd diorang...bila ana bacakan alamat tu, diorang kata memang betullah alamat kmpg ni...tp mcmn? ntahhh...ana tak tahu jwpnnya dan diorang pun takleh nak jwb... Senang citer, memang kes tipuu..Memperalatkan nama rumah Allah utk menipu...
Ni lah beberapa kes yg ana dapat kongsi..kalau sahabat2 ada citer yg sama, bolehlah kita kongsi...
Minggu lps, parent kpd seorang budak India tahun 4 datang ke sekolah utk mengadu kpd Guru Besar yg saya telah 'memukul' anaknya..Budak ni mmg dikenali sejak tahun 1 lagi jenis yg bermasalah dan kurang ajar..Dan sejak dari itu juga, ibubapanya tak putus2 datang ke sekolah utk menyerang guru dan komen mcm2 yg tak kena dgn sekolah..
Apa yg liciknya ttg budak ni, dia mmg pandai berlakon depan parentnya..org kata pijak semut pun tak mati..Moyok dan amat 'warak' sekali.. Padahal kat sekolah, perangai mcm lanun..Sbb tu lah ibubapanya berkali2 mempertahankan yg anaknya tu mmg baik dan tidak bermasalah..
Berbalik kpd insiden 'memukul' tu..Ya, saya akui ada memukul anaknya dgn pembaris..tapi takde la kuat sangat pun..lagipun, bukan saja anaknya yg kena, tapi hampir kesemua murid yg tgh riuh rendah dan melompat2 dlm kelas..Juga beberapa kali amaran diberikan sblm tu supaya jgn bising dsb..Namun, disbbkan parent budak India ni 'mesra' sekolah, apa lagi, ni merupakan alasan terbaik utk dtg 'serang' guru..Spjg 'perdebatan' kami dibilik GB, saya tidak membiarkan parent bdk India ni asyik menghentam saya aje..Saya dedahkan kpd mereka siapa anak mereka yg sbnrnya meskipun saya tahu mereka takkan menerimanya..takpelah, sekurang2nya saya puas hati...
Tahun lepas kawan baik saya, Us Badli pun telah diserang oleh parent yg sama..kes pun hampir sama dgn saya...
Sblm kes saya ni, ada satu lagi insiden yg lebih dahsyat..Bapa kpd seorang murid India juga dtg serang sorang guru kelas tahun 5 kononya guru tersebut mengeluarkan kata2 lucah pd anaknya..Citer yg sbnrnya telah disalah anggap dan ditokok tmbh oleh anaknya...Namun belum pun start bincang apa sbnrnya yg berlaku, tak semena-mena hinggap PENAMPAR sebijik kat muka guru tu..Tak sampai sepuluh saat, hinggap pulak PENAMPAR KEDUA yg jauh lebih kuat..
Tak cukup dgn 2 bijik penampar yg dihadiahkan kpd guru tersebut, bapa budak India tu siap mengugut dan mengancam guru tu, :" Saya ni samseng sini (tempat ni), kalau saya panggil org saya, 5 minit saja diorang boleh dtg dan buat mcm2 sama you.." Fuhhh...kurang ajar dan berlagak betul India nii...Guru tersebut dgn jujur menjawab : "Saya berbulan2 mengajar anak encik, bagi ilmu supaya anak encik pandai..Sekalipun encik tak pernah ucap tima kasih pd saya..tapi dgn sekali berlaku salah faham camni, encik sanggup tampar saya dan ugut saya mcm2"..tapi rintihan guru ni langsung tak menyentuh hatinya...Malah dia berbangga kerana berjaya menunjukkan kesamsengannya...
Ni la cth bbrp insiden yg kerap berlaku kat sekolah ana...Ibubapa suka serang guru..Pantang silap sikit aje terus datang serang..Anak kena cubit sikit pun, parent dah isytiharkan 'jihad' melawan guru.. Yang anehnya, majoriti ibubapa yg suka serang guru ni, anak2nya berada kat kelas2 hujung...Mungkin inilah mentaliti ibubapa yg anaknya kelas hujung ...
Pada 21-23 Julai, ana bersama2 terlibat sebagai panel pentaksir bahasa arab yg diadakan di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi.. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kem. Pljrn M'sia..
Tujuan utama mesyuarat diadakan untuk menggubal dan membina dasar serta format baru utk pelaksanaan PKSR bahasa arab.. Kita sedia maklum bahawa bentuk PKSR yg kita jalankan selama ini agak kurang praktikal dan membebankan guru-guru..
Selama 3 hari berbincang dan memerah fikiran, akhirnya kata sepakat dicapai dgn membentuk format baru PKSR yang kami rasakan lebih ideal dan praktikal untuk dilaksanakan oleh guru-guru...
Format baru PKSR telah diubah dari formatif kepada sumatif..PKSR tidak lagi dijlnkan pada setiap kali P&P, mingguan atau bulanan..Ia hanya dilaksanakan sbyk 4 kali setahun shj..item2nya lebih simple dan praktik..
Namun di sini, saya tak boleh menjelaskan dengan detail format baru tersebut kerana ia masih belum 'final' serta dibimbangi mendahului KPM dlm menghebahkan perkara ini..
Apapun, guru-guru bahasa Arab patut bersyukur kerana bebanan yg dipikul selama ini akhirnya dipermudahkan oleh Allah...Harapnya, tiada lagi alasan selapas ini utk tidak menjalankan PKSR Bahasa Arab di sekolah...
Pada 21-23 Julai, ana bersama2 terlibat sebagai panel pentaksir bahasa arab yg diadakan di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi.. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kem. Pljrn M'sia..
Tujuan utama mesyuarat diadakan untuk menggubal dan membina dasar serta format baru utk pelaksanaan PKSR bahasa arab.. Kita sedia maklum bahawa bentuk PKSR yg kita jalankan selama ini agak kurang praktikal dan membebankan guru-guru..
Selama 3 hari berbincang dan memerah fikiran, akhirnya kata sepakat dicapai dgn membentuk format baru PKSR yang kami rasakan lebih ideal dan praktikal untuk dilaksanakan oleh guru-guru...
Format baru PKSR telah diubah dari sumatif kepada formatif..PKSR tidak lagi dijlnkan pada setiap kali P&P, mingguan atau bulanan..Ia hanya dilaksanakan sbyk 4 kali setahun shj..item2nya lebih simple dan praktik..
Namun di sini, saya tak boleh menjelaskan dengan detail format baru tersebut kerana ia masih belum 'final' serta dibimbangi mendahului KPM dlm menghebahkan perkara ini..
Apapun, guru-guru bahasa Arab patut bersyukur kerana bebanan yg dipikul selama ini akhirnya dipermudahkan oleh Allah...Harapnya, tiada lagi alasan selapas ini utk tidak menjalankan PKSR Bahasa Arab di sekolah...
Di satu sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi yang buta. Setiap hari, dia selalu berkata kepada sesiapa yang mendekatinya, " Wahai saudaraku, jangan kamu dekat dengan Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."
Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan. Tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampailaah baginda wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang merupakan isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada anaknya itu,
Abu Bakar : Anakku, apakah kebiasaan yang dilakukan oleh kekasihku yang belum aku kerjakan?
Aisyah RA menjawab, : Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Tanya Abu Bakar : Apakah Itu?
Jawab Aisyah RA : Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,
Pengemis : Siapakah kamu?
Abu Bakar RA menjawab : Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Pengemis : Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu : Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar RA dan pada saat itu juga dia menjadi seorang muslim.
Beberapa org kwn ada bertanya tentang buku2 yg boleh dirujuk berkenaan P&P Bahasa Arab..Sbnrnya byk sekali buku2 yg membincangkan mengenai pgjrn b.Arab khasnya kpd yg bukan arab atau bukan penutur asalnya (li ghairi natiqin bihi)
Antara tokoh hebat yg terkenal dlm bidang ini ialah Dr Rusydi Ahmad To'imah..beliau merupakan mua'lim kabir dan byk menulis mengenai pgjrn b.arab utk yg bukan arab..Buku2 beliau mengenai pendidikan & pgjran BA menjadi panduan dan rujukan seantero dunia..
Idea2nya dihurai dgn kemas dan teliti dan amat realistik serta praktikal...Antara buku yg dihasikan oleh beliau ialah :
المهارات اللغوية-1
تعليم العربية لغير الناطقين بها -مناهجه وأساليبه-2
المرجع في تعليم اللغة العربية للناطقين بلغات أخرى-3
تعليم العربية والدين-4
Selain itu ada bbrp buku lain yg byk memberi panduan berguna utk guru2 b.arab supaya pengajaran mereka lebih berkesan dan menarik..antaranya :
1- طرق تدريس اللغة العربية - الدتور جودت الركابي
الموجه العملي لمدرس اللغة العربية - عابد توفيق الهاشمي-2
أساليب تدريس اللغة العربية - دكتور محمد علي الخولي-3
اختبارات اللغة - دكتور محمد عبد الخالق محمد-4
Ana secara peribadi byk merujuk kpd buku أساليب تدريس اللغة العربية...selain bahasa yg digunakan mudah difahami, kandungannya byk sekali memberikan ilmu dan panduan berguna utk menjadi guru BA yg baik dan bermutu..byk benda2 yg kita tak tau sblm ni, kita boleh perolehi dari buku ni...
Buku2 yg ana sebutkan di atas tadi, jika kita berpeluang membaca dan memahaminya, saya percaya segala persoalan, kesulitan dan kelemahan kita dlm mengajar BA akan dapat dirungkai dan diatasi...kita akan temui jawapan2 dan panduan yg jelas dan praktikal di dalamnya....
Di dalam buku اختبارات اللغة diterangkan secara detail camne nak buat penilaian dan petaksiran dlm pgjrn BA..setiap kemahiran (mendgr, b'ttur, m'baca,m'nulis) dijelaskan satu persatu camne nak buat penilaian beserta contoh2 sekali...memang berbaloi la kalau kita dpt baca buku ni...
Bagi ana, slh satu cara utk meningkatkan ilmu dan kemahiran dlm mengajar BA ni semestinya kita kena byk membaca dan membuat rujukan...terutama kemahiran khusus ttg cara camne nak ngajar...mungkin dr segi ilmu bahasa arab nya kita dah mantap, tinggal lagi kena masyi/ilmam camne cara nak menyampaikan ilmu itu dgn lebih berkesan..
So, jgn lupe sama2 kita bermutalaah buku2 yg ana sebutkan tu..kat mana nak cari buku tu?? kalau kat maktabah di universiti spt UM, UIA, UKM memang senang jumpa...kat ana pun ada semua buku2 tu kalau kwn2 nak pinjam...tp ana rasa kalau download kt ternet pun boleh..
Sama2 kita berusaha utk meningkatkan profesionalisme kita sbg seorang guru BA yg kaya dgn ilmu dan kemahiran..mudah2an impian kita utk memartabatkan BA akan lebih mudah dicapai..InsyaAllah
Beberapa minggu lepas ada seorang kawan bertanya, camne nak jadi Jurulatih Utama (JU)? Kena isi borang dulu ker? Pas tu kena pi interbiu ker? kena pegi kursus intensif kat Kementerian plak ker? mcm2 soalan...
Soalan2 camne nak jadi JU dah lama ditanya pd ana dan kwn2 JU yg lain sblm ni..bagus la kawan2 kita yg bertanya ni, bersemangat nak bagi idea dan sumbangkan tenaga utk tinggatkan profesionalisme guru2 kita khasnya guru-guru B. Arab..tahniah..
Sbnrnya, JU ni bukanlah satu jawatan yg dipohon, jauh sekali kena pegi temuduga dll..ianya dipilih dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing2...apa syarat2 dan kriteria pemilihan JU, ana pun tak pasti secara tepat..cuma bagi ana, org tu mesti memenuhi beberapa syarat :
1. Mempunyai komitmen dan kesungguhan yg tinggi utk memberi sumbangan pada bidang pendidikan.
2. Memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing2, seperti B.arab, Al-Qur'an ataupun Jawi.
3. Bersedia memikul bebanan tugas dan tanggungjwb yg diberikan dengan berlapang dada.
4. Kreatif dan kaya dengan idea utk meningkatkan profesioalisme perguruan. JU byk terlibat sbg panel penggubal, penilai utk sukatan pelajaran, p&p, pentaksiran dll..
Namun, secara jujurnya, jawatan JU bukanlah sesuatu yg 'menyeronokkan' ataupun 'membanggakan. ' Secara zahirnya, ramai kawan2 melihat seronok jadi JU sbb selalu takde kat sekolah, pegi mesyuarat dan kursus kat hotel tu hotel ni..
Bebanan menjadi JU tak ramai kawan2 tahu..selain perlu buat kerja2 kat sekolah yg tak putus2, ditambah pulak ngan bebanan2 tugas sbg JU di luar sekolah...
Biler pegi mesyuarat selama seminggu misalnya, ramai kawan ckp best la, xyah datang sekolah..tp kalau diberi pilihan, mmg JU nak jer berada kat sekolah drp pegi msyrt atau kursus2 tu..sbbnya, kalau kat sekolah kita hanya bertugas dr jam 7.30 hingga 1.00 tghri jer..lepas tu boleh balik rumah, relaks dan tido...tp kalau kat msyrt atau kursus bermula dari jam 8 pg hinggalah berakhir pd jam 11 mlm...begitulah hari2 seterusnya...bayangkan 2-3 kali ganda masa bertugas yg kena ditempuhi berbanding kat skolah..lagipun spjg tempoh tersebut, otak diperah habis-habisan utk menghasilkan bahan2 atau apa saje yg dirancangkan dlm msyrat tersebut...
Sbb tu saya nyatakan kat atas td, jadi JU bukanlah suatu yg menyeronokkan...ianya begitu membebankan dan anda kena sedia mengorbankan masa emas anda dengan keluarga dan anak2...isteri dan anak2 ditinggalkan berminggu2 menjadi kebiasaan pd para JU...
Lagi satu, ramai yg ingat bestnya jd JU ni sbb dpt elaun atau extra 'fulus'...hehehee...kayolah ana kalau camtu...sebulan kuar dah boleh beli exora nampaknya...takde lah kwn2, mmg kami ke sana ke sini tak dibayar walau sesen pun..semata2 lillahi taala je...takde klim itu dan ini, cuma dpt klim perjalanan mcm kwn2 gak ler...kdg2 tu, terpaksa bayar hotel dan makan guna duit sendiri dulu sbb duit jabatan @ kementerian tak turun lagi...
Pun begitu, ana tak bermaksud nak takutkan kwn2 supaya tak yah jd JU...malah kalau ada kwn2 yg ada komitmen yg tinggi serta byk idea utk memartabatkan dunia pendidikan khasnya bidang Bahasa Arab, kwn2 amat dialu2kan utk menjadi JU...lagipun kita kat selangor mmg kurang sangat JU Bahasa Arab..kwn2 tak perlu pegi ambil borang kat jabatan atau kementerian, sbb mmg takde borang pun utk jadi JU kat sana. Tp kwn2 boleh tawarkan diri dan ana boleh tolong cadangkan dan panjangkan nama kwn2 pd jabatan... insyaAllah bersama kita dalam memartabatkan bahasa al-Quran ini...
Inilah wajah Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Mohd Afandi Yusoff yang 'mencabar' Tok Guru Nik Aziz agar berdebat dengannya (Pemuda Umno) terlebih dahulu sebagai saringan atau pra-kelayakan sebelum dibenarkan berdebat dgn PM Najib..Dalam nada yang angkuh beliau menyatakan..
"Jika beliau (Tok Guru) berjaya melepasi debat pra-kelayakan ini, maka Nik Abdul Aziz layak berdebat dengan Dato Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda Umno pun tidak berjaya, tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO.." (rujuk Sinar Harian Edisi Kelantan, Selasa 30 Jun 2009)
Bongkak sungguh manusia bernama Afandi ni..hebat sangatkah ilmunya hingga sedia mencabar Tok Guru..'budak hingusan' UMNO ni sengaja nak cari publisiti (slps tewas dalam PRU-12 kpd Ustzh Siti Zailah di Parlimen Rantau Panjang) kerana dia tahu Tok Guru tak akan melayan ajakan budak hingusan yg baru bertatih dlm politik..sbb tu lah dia berani cabar..bukan taraf tok guru utk melayan budak hingusan mcm dia ni..cukup dgn pelawaan terbuka Us Ahmad Fadhli, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pasir Mas (yg berusia 29 thn) utk berdebat dgn Afandi..Tak payah berangan lah nak debat dgn Pemuda Pas Pusat atau Pimpinan PAS Pusat apatah lagi dgn Tok Guru Nik Aziz, dengan Us Ahmad Fadhli pun belum tentu Afandi boleh 'lepas'...
Tok guru takkan layan budak2 'tak pot' lagu tuh
Pada 21 Julai 2009 nanti, mesyuarat khas untuk penilaian semula PKSR Bahasa Arab yang dijalankan sekarang akan diadakan di Impress Hotel Sepang..Pembinaan Instrumen PKSR baru yang lebih praktikal dan 'mesra guru' akan dilakukan pada mesyuarat itu nanti..
Penilaian semula ini dibuat memandangkan instrumen dan cara penilaian PKSR yang dijalankan sekarang ternyata kurang praktikal dan membebankan guru-guru..Kalau ada pandangan dari sahabat-sahabat untuk memudahkan cara penilaian PKSR BA ini, bolehlah kemukakan dalam blog ni, insyaAllah ana akan panjangkan dalam mesyuarat tu nanti..
Wajah-wajah ahli Panel Pemurniaan Bahan BA, Hotel Adamson
Ditulis Oleh Zubaidi Sulaiman Jam 3:12 PTGPusat Perkembangan Kurikulum (PPK, Kementerian Pelajaran Malaysia sekali lagi mengadakan Mesyuarat Pemurniaan Bahan Kursus Bahasa Arab bertempat di Adamson Hotel, Kuala Lumpur dari 30hb Jun hingga 2 Julai 2009..
Mesyuarat kali ni hanya memurnikan bahan2 yang telah disediakan dalam beberapa siri mesyuarat sebelum ini..Tarikh cadangan Kursus Pendedahan SP & HSP Bahasa Arab Utk Jurulatih Utama Peringkat Kebangsaan diadakan pada 1 September 2009 di Hotel Goldcourse, Klang..Alhamdulillah, nampaknya ana tak perlulah nak bermusafir jauh kali ni..