Beberapa minggu lepas ada seorang kawan bertanya, camne nak jadi Jurulatih Utama (JU)? Kena isi borang dulu ker? Pas tu kena pi interbiu ker? kena pegi kursus intensif kat Kementerian plak ker? mcm2 soalan...
Soalan2 camne nak jadi JU dah lama ditanya pd ana dan kwn2 JU yg lain sblm ni..bagus la kawan2 kita yg bertanya ni, bersemangat nak bagi idea dan sumbangkan tenaga utk tinggatkan profesionalisme guru2 kita khasnya guru-guru B. Arab..tahniah..
Sbnrnya, JU ni bukanlah satu jawatan yg dipohon, jauh sekali kena pegi temuduga dll..ianya dipilih dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing2...apa syarat2 dan kriteria pemilihan JU, ana pun tak pasti secara tepat..cuma bagi ana, org tu mesti memenuhi beberapa syarat :
1. Mempunyai komitmen dan kesungguhan yg tinggi utk memberi sumbangan pada bidang pendidikan.
2. Memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing2, seperti B.arab, Al-Qur'an ataupun Jawi.
3. Bersedia memikul bebanan tugas dan tanggungjwb yg diberikan dengan berlapang dada.
4. Kreatif dan kaya dengan idea utk meningkatkan profesioalisme perguruan. JU byk terlibat sbg panel penggubal, penilai utk sukatan pelajaran, p&p, pentaksiran dll..
Namun, secara jujurnya, jawatan JU bukanlah sesuatu yg 'menyeronokkan' ataupun 'membanggakan. ' Secara zahirnya, ramai kawan2 melihat seronok jadi JU sbb selalu takde kat sekolah, pegi mesyuarat dan kursus kat hotel tu hotel ni..
Bebanan menjadi JU tak ramai kawan2 tahu..selain perlu buat kerja2 kat sekolah yg tak putus2, ditambah pulak ngan bebanan2 tugas sbg JU di luar sekolah...
Biler pegi mesyuarat selama seminggu misalnya, ramai kawan ckp best la, xyah datang sekolah..tp kalau diberi pilihan, mmg JU nak jer berada kat sekolah drp pegi msyrt atau kursus2 tu..sbbnya, kalau kat sekolah kita hanya bertugas dr jam 7.30 hingga 1.00 tghri jer..lepas tu boleh balik rumah, relaks dan tido...tp kalau kat msyrt atau kursus bermula dari jam 8 pg hinggalah berakhir pd jam 11 mlm...begitulah hari2 seterusnya...bayangkan 2-3 kali ganda masa bertugas yg kena ditempuhi berbanding kat skolah..lagipun spjg tempoh tersebut, otak diperah habis-habisan utk menghasilkan bahan2 atau apa saje yg dirancangkan dlm msyrat tersebut...
Sbb tu saya nyatakan kat atas td, jadi JU bukanlah suatu yg menyeronokkan...ianya begitu membebankan dan anda kena sedia mengorbankan masa emas anda dengan keluarga dan anak2...isteri dan anak2 ditinggalkan berminggu2 menjadi kebiasaan pd para JU...
Lagi satu, ramai yg ingat bestnya jd JU ni sbb dpt elaun atau extra 'fulus'...hehehee...kayolah ana kalau camtu...sebulan kuar dah boleh beli exora nampaknya...takde lah kwn2, mmg kami ke sana ke sini tak dibayar walau sesen pun..semata2 lillahi taala je...takde klim itu dan ini, cuma dpt klim perjalanan mcm kwn2 gak ler...kdg2 tu, terpaksa bayar hotel dan makan guna duit sendiri dulu sbb duit jabatan @ kementerian tak turun lagi...
Pun begitu, ana tak bermaksud nak takutkan kwn2 supaya tak yah jd JU...malah kalau ada kwn2 yg ada komitmen yg tinggi serta byk idea utk memartabatkan dunia pendidikan khasnya bidang Bahasa Arab, kwn2 amat dialu2kan utk menjadi JU...lagipun kita kat selangor mmg kurang sangat JU Bahasa Arab..kwn2 tak perlu pegi ambil borang kat jabatan atau kementerian, sbb mmg takde borang pun utk jadi JU kat sana. Tp kwn2 boleh tawarkan diri dan ana boleh tolong cadangkan dan panjangkan nama kwn2 pd jabatan... insyaAllah bersama kita dalam memartabatkan bahasa al-Quran ini...
Jejak Fakir Di Petra Jaya
7 tahun yang lalu
0 Pandangan:
Catat Ulasan