Pada 21-23 Julai, ana bersama2 terlibat sebagai panel pentaksir bahasa arab yg diadakan di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi.. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kem. Pljrn M'sia..
Tujuan utama mesyuarat diadakan untuk menggubal dan membina dasar serta format baru utk pelaksanaan PKSR bahasa arab.. Kita sedia maklum bahawa bentuk PKSR yg kita jalankan selama ini agak kurang praktikal dan membebankan guru-guru..
Selama 3 hari berbincang dan memerah fikiran, akhirnya kata sepakat dicapai dgn membentuk format baru PKSR yang kami rasakan lebih ideal dan praktikal untuk dilaksanakan oleh guru-guru...
Format baru PKSR telah diubah dari sumatif kepada formatif..PKSR tidak lagi dijlnkan pada setiap kali P&P, mingguan atau bulanan..Ia hanya dilaksanakan sbyk 4 kali setahun shj..item2nya lebih simple dan praktik..
Namun di sini, saya tak boleh menjelaskan dengan detail format baru tersebut kerana ia masih belum 'final' serta dibimbangi mendahului KPM dlm menghebahkan perkara ini..
Apapun, guru-guru bahasa Arab patut bersyukur kerana bebanan yg dipikul selama ini akhirnya dipermudahkan oleh Allah...Harapnya, tiada lagi alasan selapas ini utk tidak menjalankan PKSR Bahasa Arab di sekolah...
Jejak Fakir Di Petra Jaya
7 tahun yang lalu
0 Pandangan:
Catat Ulasan